Mama Homeschool minggu ni berjalan seperti biasa, alhamdulillah. Setiap pagi, angah dan adik tanpa disuruh atau dipaksa akan terus bersiap utk memulakan kelas. Kadang2 tu belum lagi sarapan terus cari buku. Tapi terus terang mama katakan yg minggu ni mama agak tak teratur sikit. Tapi hs tetap diteruskan.
ANGAH
Reading & Writing.
Bahan bacaan angah minggu ni ialah :Kenapa Kulit Kura-kura Retak.
Buku ni merupakan salah satu drp siri cerita haiwan dgn fakta sains. Disamping cerita yg menarik, ia juga ditulis dgn huruf yg agak besar dan dlm bentuk suku kata. Alhamdulillah, angah dah tiada masalah utk membaca tanpa bantuan mama.
Utk phonics pula, angah masih lagi mengulang2 book 1 : short vowel a.
Program phonics ni adalah percuma dan buku ni boleh download kat sini. Selain diprint, ia juga boleh digunakan secara online. Terdpt byk lagi bahan kat sini dan minggu ni angah dah teruskan dgn latihan yg disediakan di sini.
Mama download activity book ni kat sini.
Angah juga buat latihan dlm activity book ni. Terdpt byk aktiviti dlm buku ni antaranya utk practice grammar dan vocabulary. Juga dpt melatih skill membaca dan menulis. Biasanya angah buat latihan kat dlm buku ni masa mama buat kerja rumah.
Math.
Sehingga hari ni angah dah :
-dapat mengenal dan menulis nombor 1 hingga 100.
-mengenal number word one to ten.
-faham dan boleh count on dan count back bagi nombor 1-10.
-faham konsep less and more.
-dpt mengira tambah
-dpt mengira tolak
Dan minggu ni mama teruskan memberi latihan seperti minggu lepas. Insya-Allah minggu depan mama akan mula ajar angah utk count on in two's.
Science.
Minggu ni mama sambung dgn Five Senses.
Mama terangkan dulu 5 deria kita iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit.
Terdapat berbagai2 cara utk terangkan ttg deria ni. Antara aktiviti yg sempat mama buat bersama angah dan adik minggu ni ialah :
1) The sense of sight.
What's missing. Mama letakkan barang2 mainan angah dlm sebuah kotak. Kemudian mama minta angah pilih 5 mainan dlm kotak tersebut. Letakkan mainan tersebut kat atas meja. Lepas tu mama tutup mata angah dan sembunyikan satu drp mainan tersebut. Slps dibukakan mata, mama minta angah lihat dan teka mainan yg hilang. Ulang2 dgn menukar mainan yg lain. Sambil bermain, mama terangkan pada angah ttg mata yg digunakan utk melihat.
2) The sense of sound.
Minta angah mendengar bunyi2 yg kedengaran kat dlm dan di luar rumah ni. Contohnya bunyi telefon, mesin basuh, kipas, kucing dan kereta.
3) The sense of smell.
Mama menggunakan benda2 yg berbau dan minta angah hidu. Antaranya sabun, gula2 dan perfume mama.
4) The sense of taste.
Mama bagi angah rasa gula dan garam. Dan turut terangkan makanan2 yg mempunyai rasa manis (gula2), masam (mempelam), masin (garam) dan pahit (ubat).
5) The sense of touch.
Seperti juga utk sense of sight, mama letakkan mainan kat dlm kotak dan minta angah pegang mainan tersebut tanpa melihat objek tersebut. Kemudian minta angah teka mainan tersebut.
Senses of sight and touch's activity.
Sambil mengajar mama selitkan juga dgn nursery ryhme :
Five Senses ryhme.
(Tune: Farmer in the Dell)
I use my eyes to see, I use my eyes to see,
and when I want to see a star, I use my eyes to see,
I use my nose to smell, I use my nose to smell,
and when I want to smell a flower, I use my nose to smell.
I use my tongue to taste, I use my tongue to taste,
and when i want to taste a peach, I use my tounge to taste.
I use my ears to hear, I use my ears to hear,
and when I want to hear a birds, I use my ears to hear.
I use my hand to touch, I use my hand to touch,
and when I want to touch a cat, I use my hand to touch.
Fun & Craft.
Mama tlh download file folder games ttg five sense kat sini.
Cover.
Inside.
ADIK.
Writing practice top to bottom (condong). Adik colour dulu kemudian mama laminate.
Tengah khusyuk menulis.
Counting and recognize number.
Recognize colour and shape.
Minggu ni mama khususkan pada blue colour dan square shape. Cara mama ajar sama dgn minggu lepas. Mama juga review apa yg kami tlh belajar minggu lepas.
Mewarna menggunakan span dan water colour utk membentuk square shape with blue colour.
Iqra' & Agama Islam.
Teruskan dgn membaca buku Iqra' 2. Baru2 ni mama tlh jumpa website ni. Memang menarik dan mama tlh print cerita Kisah Awal Kenabian Nabi Muhammad SAW. Dan minggu ni mama telah gunakan buku ni utk sesi read aloud dgn anak2. Minggu ni mama masih lagi bercerita ttg zaman kanak2 Nabi Muhammad SAW. Antaranya cerita ttg tentera bergajah Abrahah. Mama turut membacakan surah Al-Fiil bersama tafsirnya dan alhamdulillah, along sudah hafal surah ni.
Kisah Awal Kenabian. Download kat sini.
Sehingga hari ni, bacaan Al-Quran along sudah sampai juzuk 10. Cara mama mengajar along mengaji al-Quran sama dgn cara mama belajar dgn guru Quran mama dulu. Along akan perdengarkan bacaannya depan mama dan mama akan perbetulkan mana yg silap. Slps habis baca 1 muka, mama minta along tandakan mana2 ayat mengikut hukum tajwid. Hukum tajwid minggu ni ialah Izhar Halqi. Walaupun along dah belajar kat sekolah, tapi mama perjelaskan lagi padanya sebagai pengukuhan.
wah.....seronoknya dengar hs mahani.....teruja saya..tapi masih tidak berkesempatan untuk ber HS setiap hari...kadang2 tertunda2 aje....
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi idea HS....
Slm puan...
ReplyDeleteblh sy tahu umur ketiga2 anak puan?
shafida- Sama2. Mmg niat saya ingin sama2 berkongsi dgn kawan2 ttg hs ni.
ReplyDeleteAishah- Wslm. Alhamdulillah, anak2 semua dah semakin membesar. Along 8thn 4bln, angah 4thn 10 bln dan adik 2thn 2bln.
suka tgk akk wat hs byk contoh yg blh dijadikn rujukan..
ReplyDeletefila shoes
ReplyDeletecurry 4
kevin durant shoes
kd shoes
coach outlet handbags
jordan shoes
air max 97
ultra boost
louboutin outlet
adidas nmd
read here check my reference why not try here webpage internet page
ReplyDeletecheap jordan
ReplyDeletesupreme hoodie
bape hoodie
off white
golden goose outlet
fear of god outlet
supreme t shirt
OFF-White
jordan retro
air jordan travis scott