Ini adalah projek kedua kami sempena cuti sekolah. Sememangnya ini projek yg ditunggu2 oleh anak2. Along dan angah begitu berminat dgn solar system ni. Sebab tulah kat dlm homeschool room ni dah lama sedia tertampal solar system chart ni. Dan kami ambik masa 3 hari utk siapkan projek ni.
Sebenarnya terlalu banyak utk dipelajari ttg solar system . Rasa2 nya anak2 lebih tahu pasal semua ni sbb mereka suka sgt explore topik ni dlm internet terutamanya along. Dan mama cuba jlnkan aktiviti yg mama kira bersesuaian dgn tahap umur mereka.
Mula2 sekali mama tak lupa jelaskan pada mereka bahawa semua yang ada dlm solar system ini adalah ciptaan Allah SWT. Mama tunjukkan dan kami sama2 bacakan ayat2 dlm Al-Quran yg menerangkan bukti kejadian dan kekuasaan Allah menjadikan semua ni. Antara ayat2 tersebut ialah:
Maksudnya :
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam" (surah Fussilat ayat 9)
"Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa." (S
"Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela” (surah Fussilat ayat 11)
"Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (surah Fussilat ayat 12)
"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?" (surah As-Sajdah ayat 4)
Berikut antara aktiviti2 kami :
Moon, sun and earth necklace.
Anak2 dijelaskan dulu apakah itu bumi, bulan dan matahari serta pergerakan masing2 yg menjadikan wujudnya hari, bulan dan tahun. Utk lebih jelas, mama kenalkan satu lagu dan mereka akan berlakon menjadi bumi, bulan dan matahari dgn memakai necklace ni dan melakukan pergerakannya.
Earth, moon & sun song
(Tune : The Farmer in the Dell )
Rangkap pertama :
"The earth turns around, the earth turns around. Once a day, every day, the earth turns around."
Ketika ni, angah yg menjadi bumi akan pusing. Ketika ni mama akan jelaskan bhw pusingan inilah yg menjadikan siang dan malam. Dan ia mengambil masa 1 hari (24 jam).
Earth song.
Rangkap kedua :
"The moon goes 'round the earth, the moon goes 'round the earth. Once a month, every month, the moon goes round the earth."
Masa ni along (bulan) akan mengelilingi angah (bumi). Dan mama jelaskan bhw pusingan ini mengambil masa 1 bulan (30 hari).
Rangkap ketiga :
"The earth goes 'round the sun, the earth goes 'round the sun. Once a year, every year, the earth goes 'round the sun."
Seterusnya angah (bumi) akan mengelilingi adik (matahari). Dan pusingan ini mengambil masa 1 tahun bersamaan dgn 12 bulan ataupun 365 hari.
Wajah2 riang.
Kemudian kami teruskan dgn mengenali nama 8 planet yg terdpt dlm solar system ni serta kedudukannya.
Planet mobile. Mama dptkan sumber ni kat sini.
Solar system banner.
Lagi aktiviti utk belajar ttg planet dan kedudukan masing dlm sistem solar. Aktiviti ni melibatkan aktiviti mewarna, menggunting dan menampal. Sumbernya mama dptkan kat sini.
Lapbook Alam Ciptaan Allah.
Along dan angah juga sama2 menyiapkan lapbook ni utk menunjukkan ciptaan Allah SWT. Antara yg terdpt dlm lapbook ni ialah maksud dua ayat (9 & 12) dari surah Fussilat, matahari, bulan, bintang, bumi dan makhluk ciptaan Allah SWT yg terdpt di bumi ni.
Dan tak lengkap kalau takde aktiviti kraf. Ini antara aktiviti kraf kami:
Rocket craft.
Aktiviti mewarna matahari dan planet. Mama download kat sini.
Melukis planet dgn water colour.
Astronaut craft. Craft ni menggunakan tissue roll. Gambarnya mama download kat sini.
Buku rujukan yg kami gunakan.
Lain2 sumber:
Wow! impressive...saya masih belum sempat melayan anak2 homeschool ms cuti sekolah ni..another week to go, InsyAllah will do it next week :-)
ReplyDeleteThanks syahida. Anak2 mmg enjoy sgt kalau beraktiviti macam ni :)
ReplyDeleteSaya merupakan seorang guru pelatih. Terima kasih kepada puan, aktiviti ini membantu saya dalam melaksanakan aktiviti untuk p&p di sekolah. Mudah-mudahan saya dapat mengaplikasikannya kepada bakal anak-anak saya pula kelak. :)
ReplyDeleteadidas yeezy
ReplyDeletetimberlands
off white nike
moncler sale
moncler
yeezy shoes
moncler
mlb jerseys
louboutins
adidas nmd r1
this page https://www.dolabuy.ru/ Visit This Link you can look here find internet
ReplyDeleteoff white
ReplyDeletegolden goose
golden goose
curry shoes
supreme clothing
off-white
jordan 4
bape
golden goose outlet
off white