June 30, 2010

Number, colour & shape in Arabic.

Minggu lepas mama dah mula ajar angah mengira 1-10 dlm bahasa Arab. Alhamdulillah, skrg ni angah dah boleh mengira dan dah kenal nombor2 arab tu.
Dan minggu ni angah mula belajar menulis nombor2 tersebut dalam Arabic number worksheet yg mama print kat sini. Angah juga masih teruskan dgn latihan menulis huruf2 bahasa arab dlm buku latihan.

Buku latihan Bahasa Arab.

Selain menggunakan number flip book, mama juga tlh buat Arabic Number Poster utk dilekatkan pada dinding homeschool room kami. Skrg ni, sambil main2 pun angah boleh belajar mengira dgn melihat pd poster tersebut. Alhamdulillah, adik pun dah boleh menyebut wahid sampai Khamsatun sbb selalu duk ikut angah mengira.

Arabic Number Poster.

Mama juga telah siapkan beberapa teaching tool baru utk ajar angah belajar mengenal bentuk dan warna dlm bahasa Arab. Mama print bahan2 ni kat sini. Kemudian laminate supaya tahan lama. Dan mama letakkan flash card tersebut pada ring.
Minggu ni mama kenalkan dulu dgn bentuk Qalb (heart), Murabba' (square) dan daairah (circle).

Colour Flash Card.

Shape Flash Card.

Arabic shape and colour poster.

2 comments:

  1. bestnyer kak...fiza bercita2 nak buat cam ni kat anak2. tapi tak kesampaian. ajar anak2 gitu jer...tq kongsi ni yer kak...fiza nak cilok idea akak....

    ReplyDelete
  2. terima kasih fiza sbb sudi baca catatan homeschool kami ni. Kak Nie pun baru je belajar nak mengajar anak2 ni. Dulu pun macam tu jugak...ajar anak gitu2 jer... ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails