June 19, 2010

Screw and unscrew.

Semalam papa cuti tapi kami tak ke mana2 pun. Disebabkan tak ke mana2, jadi paginya macam biasalah kami semua dgn rutin homeschool kami. Dan petangnya pulak mama bagi anak2 main (kat dlm rumah je). Berselerak satu rumah.
Sambil duk tgk anak2 main tu...teringat pulak utk buat benda ni tapi mama dah lupa kat mana dpt idea ni.

Anak2 panggil benda ni 'octopus'.

Hanya menggunakan bahan2 terbuang iaitu botol air dan penutupnya. Caranya ambik botol kosong dan potong bahagian bawahnya. Kemudian letakkan tape disekeliling tmpt yg dipotong tadi tu utk tutup bhgn tajam tu. Lps tu tebuk di tepi bhgn bawah botol tadi utk diletakkan penutup botol yg tlh disambungkan dgn filament tie. Boleh gunakan byk mana pun penutup yg sama saiz dgn botol tu. Memang menarik sgt utk mainan anak2 selain boleh dijadikan sbg tool utk melatih fine motor skill anak dgn melatih tangan anak membuka dan menutup penutup botol tu.

Adik tgh khusyuk main.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails