June 4, 2010

Satu kerugian!

Hari ni Jumaat. Along dah start cuti sekolah. Tapi papa keje hari ni. Tak tahulah pukul berapa pulak balik hari ni. Mlm kelmarin dekat pukul 12 tgh mlm baru balik. So...macam biasa mama soranglah yg kena melayan budak2 ni. Entahlah...rasa penat semacam je hari ni.
Tadi baru lepas ajar along dan angah mengaji Quran. Adik tak join sekali sbb tengah syok tido. Kalau tak, dialah yg mula2 sekali mengaji. Alhamdulillah, anak2 menunjukkan peningkatan dlm bacaan masing2. Sekarang ni along dah masuk Juzuk 12 surah Hud. Angah pula dah hampir separuh Buku 3 Iqra'. Adik pula dah hampir ingat semua huruf Hijaiyah (tapi belum kenal huruf).
Sekarang ni kalau tiap kali baca Al-Quran, along akan selalu tanya maksud perkataan atau ayat yg dia baca sbb skrg ni dia dah belajar bahasa arab kat sekolah. Kadang2 tu terasa malu jugak bila tak dapat jawap bila dia tanya maksud perkataan Arab tu. Betapa ruginya mama sbb selama ni membiarkan ilmu yg dipelajari hilang begitu saja.
Malunya nak bagitau kat sini...sbnrnya mama ni bekas pelajar Maahad Muhammadi selama 4 tahun (dulu ada kelas peralihan sblm tingkatan 1) kemudian pindah ke SMKA Naim Lilbanat selama 2 thn (form 4-5). Kalau tiap kali exam tu mmg score A. Lepas habis spm, mama masuk matrikulasi di Kolej Mara Seremban. Mula dari sinilah mama tinggalkan bahasa Arab yg mama dah pelajari selama 6 thn tu. Lps tu masuk UKM dan sampailah sekarang mama terus tinggalkan bahasa arab. Emm...lama jugak tu...hampir 14 thn. Memang dah banyak perkataan Arab yg mama lupa. Terasa rugi sgt2.
Nampaknya skrg ni mama kena mulakan balik. Sama2 belajar dgn anak2. Insya-Allah. Moga dipermudahkanNya.

4 comments:

  1. kak,

    sy cdgkan akak beli quran asy-syamil (terjemahan harfiah).. harga dia dlm $150...Mahai skit tp amat berguna...cba cr di kedai2 buku

    MMG BAGUS SBB DIA TERJMAHKAN SEPATAH2 PERKATAAN BWH PERKATAAN ARAB n ada tfsir ayat di tepi.. INsyaALlah sy akan cba post ttg quran ni dlm blog sy dlm ms terdekat

    peluang keemasan utk akak tnmkan minat memahami n tadabbur al-quran dlm diri anak2...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk atas cadangan tu. Insya-Allah, saya cuba yg terbaik dan termampu dlm mendidik anak2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails