June 30, 2010

Number, colour & shape in Arabic.

Minggu lepas mama dah mula ajar angah mengira 1-10 dlm bahasa Arab. Alhamdulillah, skrg ni angah dah boleh mengira dan dah kenal nombor2 arab tu.
Dan minggu ni angah mula belajar menulis nombor2 tersebut dalam Arabic number worksheet yg mama print kat sini. Angah juga masih teruskan dgn latihan menulis huruf2 bahasa arab dlm buku latihan.

Buku latihan Bahasa Arab.

Selain menggunakan number flip book, mama juga tlh buat Arabic Number Poster utk dilekatkan pada dinding homeschool room kami. Skrg ni, sambil main2 pun angah boleh belajar mengira dgn melihat pd poster tersebut. Alhamdulillah, adik pun dah boleh menyebut wahid sampai Khamsatun sbb selalu duk ikut angah mengira.

Arabic Number Poster.

Mama juga telah siapkan beberapa teaching tool baru utk ajar angah belajar mengenal bentuk dan warna dlm bahasa Arab. Mama print bahan2 ni kat sini. Kemudian laminate supaya tahan lama. Dan mama letakkan flash card tersebut pada ring.
Minggu ni mama kenalkan dulu dgn bentuk Qalb (heart), Murabba' (square) dan daairah (circle).

Colour Flash Card.

Shape Flash Card.

Arabic shape and colour poster.

June 28, 2010

Lapbook Rukun Iman.

Beberapa bulan lepas angah dah belajar satu drp bab akidah yg utama bg umat Islam iaitu Rukun Iman. Dan hari ni, mama review semula topik ni. Alhamdulillah, angah masih ingat lagi apa yg angah dah belajar sblm ni.

Buku teks dan buku latihan utk subjek Pendidikan Agama Islam.

Setelah selesai dgn latihan dlm buku latihan tu, mama dan angah sama2 menyiapkan lapbook Rukun Iman. Lapbook ni mengandungi keenam2 perkara dlm Rukun Iman iaitu:
  • Percaya kepada Allah SWT.
Mama letakkan dlm lapbook ni gambar2 makhluk dan ciptaan Allah di muka bumi ini utk menunjukkan kekuasaanNya. Turut terangkan pada angah antara sifat2 Allah SWT sprt Allah Maha Melihat serta Maha Mendengar.
  • Percaya kepada malaikat.
Mama sediakan dlm bentuk jadual tugas2 10 malaikat dan mama minta angah tuliskan nama2 malaikat tersebut.
  • Percaya kepada kitab.
Utk nama2 kitab ni, mama sediakan dlm bentuk flap.
  • Percaya kepada rasul.
Mama senaraikan nama-nama 25 Rasul dan 5 nama rasul Ulul Azmi dalam bentuk jadual. Dan utk sifat2 wajib rasul, mama buat dlm bentuk flap.
Sambil menyiapkan lapbook ni, angah sibuk bercerita kisah2 nabi yg telah dia baca. Angah mmg suka sgt baca buku cerita kisah nabi2 nih.

Koleksi buku cerita kisah perjuangan Nabi.
  • Percaya kepada hari kiamat.
Mama bagi gambar ni utk angah warnakan. Gambar ni menunjukkan gambaran keadaan bumi yg akan hancur bila tiba hari kiamat. Mama turut terangkan pada angah ttg balasan syurga dan neraka atas segala perbuatan manusia semasa mereka hidup. Dan masa ni angah siap janji dgn mama nak jadi anak yg baik sbb takut bila dgr mama ceritakan balasan Allah kpd anak2 yg mendehaka pada kedua ibubapa.
  • Percaya kepada qada' dan qadar.
Qada' dan qadar adalah ketentuan baik atau buruk drp Allah SWT. Mama sediakan gambar2 ni utk angah colour. Gambar2 ni utk tunjukkan pada angah antara ketentuan yg Allah tetapkan pada manusia dan kita perlu bersabar disamping berusaha dan berdoa agar Allah memberikan yg terbaik utk kita.

Lapbook Rukun Iman.

Angah sedang mewarna dan menampal. Adik tumpang sibuk :)

Dalam proses menyiapkan lapbook ni, banyak aktiviti yg telah angah lakukan. Antaranya:
  • Membaca.
  • Menulis nama2 malaikat dan mengetahui tugas2nya.
  • Mewarna gambar2.
  • Mengunting bahan2.
  • Menampal bahan2 tersebut ke dalam lapbook ni.

June 27, 2010

Colour Clothespin Match Up.

Masih lagi dgn aktiviti utk mengenalkan warna2 kpd adik. Biasa lah...budak kecik. Kalau dua tiga kali ajar mmg mereka takkan ingat. Kenalah selalu ajar dan tunjukkan kat dia. Dan supaya proses pembelajaran tu tak membosankan, mama cuba pulak aktiviti baru hari ni.

Colour clothespin match up activity.

Utk aktiviti ni, mama gunakan paper plate dan clothespin. Warnakan di tepi sekeliling paper plate tu dgn pelbagai warna. Kemudian warnakan pula pada clothespin tersebut utk dipadankan dgn warna pada paper plate tadi.

Adik sdg padankan warna clothespin dgn warna pd paper plate.
Selain utk recognize colour, aktiviti ni juga sesuai utk fine motor skill.

June 24, 2010

Fun learning with playdough.

Semalam kami beraktiviti dan belajar menggunakan homemade playdough. Macam biasa mama buat playdough ni menggunakan resepi ni.

Fun with colourful homemade playdough.

Seperti biasa, mama akan libatkan anak2 semasa proses membuat playdough ni.
Antara aktiviti yg sempat anak2 buat dan pelajari ialah:
  • Colour recognition - Kali ni mama buat playdough dlm pelbagai warna iaitu merah, hijau, kuning, oren, biru dan purple. Jadi sambil main2 tu, mama kenalkan warna2 tersebut kpd adik.
  • Number recogniton.
Number card.
Mama laminate dulu kad ni utk digunakan dgn playdough.

Number recognition.

Anak2 akan roll playdough ni panjang2 dan letakkan atas number card tersebut utk membentuk nombor.
  • Counting.
Counting with playdough.

Bentukkan dulu playdough ni bulat2 kecil dan letakkan atas number card tersebut mengikut bilangan nombor. Adik belajar mengira dgn membilang bebola playdough di atas setiap kad.
  • Fine motor skill - Playdough juga boleh dijadikan tool utk meningkatkan fine motor skill anak2. Ketika bermain, otot2 jari dan tangan digunakan utk create playdough tersebut dlm pelbagai bentuk.
Bermain bersama2.
  • Develop social skill - Bila bermain bersama2 dlm satu kumpulan, kita dapat mengajar dan melatih anak2 utk berkongsi dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

June 22, 2010

Counting by 2s.

Alhamdulillah, hasil dari latihan yg berterusan, skrg ni angah semakin mahir dgn soalan tambah dan tolak. Tiap2 hari angah akan buat latihan ni dlm buku2 latihan.
Dan setelah beberapa kali tertunda, hari ni mama mula ajar angah counting by twos. Sebenarnya mama dan lama sediakan bahan2 utk ajar angah topik ni.

Mama print carta ni kat sini. Dgn menggunakan carta ni, mama dpt tunjukkan pd angah bagaimana utk skip counting in twos.

Angah belajar mengira dgn menggunakan kad2 nombor yg mama print kat sini.

Mengira dgn menggunakan duit syiling dan carta 'witch pumpkin count'. Print di sini.

video
Belajar sambil bermain.

Anak2 mmg seronok kalau dpt main2 macam ni. Mama tuliskan nombor 1-20 pd setiap petak mozek lantai. Dan angah akan melompat sambil counting by twos. Aktiviti fizikal macam juga bagus utk melatih gross motor skill anak2.

Angah sedang mengira.

June 21, 2010

Pouring Activity.

Utk mengelakkan adik mengganggu tumpuan mama utk mengajar angah, mama tlh bagi adik satu aktiviti yg mama rasa cukup menarik bagi adik. Ia adalah satu aktiviti asas utk kanak2 iaitu pouring activity.
Pouring activity ni dpt membantu meningkatkan keupayaan pergelangan tangan anak2. Kita boleh pelbagaikan activity ni samada dry pouring menggunakan bean, rice dan flour. Ataupun wet pouring menggunakan air.

Tools for pouring activity.

Kali ni mama bagi adik buat dulu dry pouring activity menggunakan green bean. Mama siapkan alat2 seperti green bean, 2 mangkuk dan sudu kat dlm tray ni.
Aktiviti ni mmg bagus utk membantu meningkatkan skill adik. Ia melatih tangan adik utk menuang green bean tersebut ke dalam mangkuk dgn menggunakan sudu tanpa menumpahkannya.

Menuang green bean ke dalam mangkuk.

Utk lebih mencabar, mama minta adik tuang ke dlm bekas yg lebih kecil.

June 20, 2010

Jom Belajar Bahasa Arab!

Sekarang ni angah dah mengenal huruf2 arab dan berlatih menulis huruf2 tersebut dlm buku latihan. Dan pelajaran seterusnya adalah mengenal nombor arab dan sebutannya. Sebagai permulaan, mama kenalkan dulu dgn nombor 1-10.

Arabic Number Flip book.

Mama gunakan teaching tool ni utk ajar angah mengenal nombor arab ni. Bahannya mama dapat kat sini. Mama print dan kemudian laminate supaya tahan lama. Lps tu punch out holes utk diletakkan ring. Jadi ke mana2 pun angah boleh bawak flip book ni utk belajar.

Mama juga tlh pelbagaikan cara pengajaran dgn menggunakan flip book ni.
  • Mula2 mama kenalkan dulu nombor2 arab tersebut.
  • Ajar sebutan nombor2 dlm bahasa arab.
  • Mama letakkan sebutan nombor arab pd flip book tu secara rawak dan angah akan match dgn nombornya.
Latihan utk counting and recognize arabic number.
  • Mama juga gunakan kad2 pada flip book ni utk aktiviti di atas. Angah akan matchkan arabic number dgn modern number sambil mengira menggunakan apple tool.

Alhamdulillah, angah mudah menerima apa yg diajar.

June 19, 2010

Screw and unscrew.

Semalam papa cuti tapi kami tak ke mana2 pun. Disebabkan tak ke mana2, jadi paginya macam biasalah kami semua dgn rutin homeschool kami. Dan petangnya pulak mama bagi anak2 main (kat dlm rumah je). Berselerak satu rumah.
Sambil duk tgk anak2 main tu...teringat pulak utk buat benda ni tapi mama dah lupa kat mana dpt idea ni.

Anak2 panggil benda ni 'octopus'.

Hanya menggunakan bahan2 terbuang iaitu botol air dan penutupnya. Caranya ambik botol kosong dan potong bahagian bawahnya. Kemudian letakkan tape disekeliling tmpt yg dipotong tadi tu utk tutup bhgn tajam tu. Lps tu tebuk di tepi bhgn bawah botol tadi utk diletakkan penutup botol yg tlh disambungkan dgn filament tie. Boleh gunakan byk mana pun penutup yg sama saiz dgn botol tu. Memang menarik sgt utk mainan anak2 selain boleh dijadikan sbg tool utk melatih fine motor skill anak dgn melatih tangan anak membuka dan menutup penutup botol tu.

Adik tgh khusyuk main.

June 14, 2010

New Teaching Tool.

Mama jumpa DIY curtain ni masa pegi shoping kat hypermarket baru2 ni. Mama beli 2 set. Tapi bukan utk buat curtain. Tapi utk kegunaan homeschool kami. Melihatkan pada bentuk, saiz dan warnanya yg pelbagai, mama fikir ia sesuai digunakan sbg teaching tool utk pelbagai aktiviti.

Teaching tool.

Antara aktiviti yg dpt dilakukan dgn teaching tool ni ialah:
  • Colour recognition.
  • Sorting by type (apple & heart shape), size (small & big heart) and colour.
Recognize and sorting by colour.
  • Counting.
Mama tlh create number cards dan adik akan letakkan heart shape tersebut mengikut nombor pada kad tersebut.

  • Lacing activity (fine motor skill).
Aktiviti kegemaran adik.

June 10, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah : Solar System.

Ini adalah projek kedua kami sempena cuti sekolah. Sememangnya ini projek yg ditunggu2 oleh anak2. Along dan angah begitu berminat dgn solar system ni. Sebab tulah kat dlm homeschool room ni dah lama sedia tertampal solar system chart ni. Dan kami ambik masa 3 hari utk siapkan projek ni.
Sebenarnya terlalu banyak utk dipelajari ttg solar system . Rasa2 nya anak2 lebih tahu pasal semua ni sbb mereka suka sgt explore topik ni dlm internet terutamanya along. Dan mama cuba jlnkan aktiviti yg mama kira bersesuaian dgn tahap umur mereka.
Mula2 sekali mama tak lupa jelaskan pada mereka bahawa semua yang ada dlm solar system ini adalah ciptaan Allah SWT. Mama tunjukkan dan kami sama2 bacakan ayat2 dlm Al-Quran yg menerangkan bukti kejadian dan kekuasaan Allah menjadikan semua ni. Antara ayat2 tersebut ialah:

Maksudnya :

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam" (surah Fussilat ayat 9)

"Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa." (S
urah Fussilat ayat 10)

"Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela” (surah Fussilat ayat 11)

"Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (surah Fussilat ayat 12)

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?" (surah As-Sajdah ayat 4)

Berikut antara aktiviti2 kami :

Moon, sun and earth necklace.

Anak2 dijelaskan dulu apakah itu bumi, bulan dan matahari serta pergerakan masing2 yg menjadikan wujudnya hari, bulan dan tahun. Utk lebih jelas, mama kenalkan satu lagu dan mereka akan berlakon menjadi bumi, bulan dan matahari dgn memakai necklace ni dan melakukan pergerakannya.

Earth, moon & sun song
(Tune : The Farmer in the Dell )

Rangkap pertama :

"The earth turns around, the earth turns around. Once a day, every day, the earth turns around."

Ketika ni, angah yg menjadi bumi akan pusing. Ketika ni mama akan jelaskan bhw pusingan inilah yg menjadikan siang dan malam. Dan ia mengambil masa 1 hari (24 jam).

video

Earth song.

Rangkap kedua :

"The moon goes 'round the earth, the moon goes 'round the earth. Once a month, every month, the moon goes round the earth."

Masa ni along (bulan) akan mengelilingi angah (bumi). Dan mama jelaskan bhw pusingan ini mengambil masa 1 bulan (30 hari).


Rangkap ketiga :

"The earth goes 'round the sun, the earth goes 'round the sun. Once a year, every year, the earth goes 'round the sun."

Seterusnya angah (bumi) akan mengelilingi adik (matahari). Dan pusingan ini mengambil masa 1 tahun bersamaan dgn 12 bulan ataupun 365 hari.


Wajah2 riang.

Kemudian kami teruskan dgn mengenali nama 8 planet yg terdpt dlm solar system ni serta kedudukannya.


Planet mobile. Mama dptkan sumber ni kat sini.



Solar system banner.

Lagi aktiviti utk belajar ttg planet dan kedudukan masing dlm sistem solar. Aktiviti ni melibatkan aktiviti mewarna, menggunting dan menampal. Sumbernya mama dptkan kat sini.


Lapbook Alam Ciptaan Allah.

Along dan angah juga sama2 menyiapkan lapbook ni utk menunjukkan ciptaan Allah SWT. Antara yg terdpt dlm lapbook ni ialah maksud dua ayat (9 & 12) dari surah Fussilat, matahari, bulan, bintang, bumi dan makhluk ciptaan Allah SWT yg terdpt di bumi ni.

Dan tak lengkap kalau takde aktiviti kraf. Ini antara aktiviti kraf kami:

Rocket craft.

Aktiviti mewarna matahari dan planet. Mama download kat sini.

Melukis planet dgn water colour.

Astronaut craft. Craft ni menggunakan tissue roll. Gambarnya mama download kat sini.

Buku rujukan yg kami gunakan.

Lain2 sumber:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails