February 27, 2010

Aktiviti hujung minggu.

Hari ni mama cuti aktiviti home school sbb byk benda nak buat. Disebabkan hari ni papa cuti jadi kami sekeluarga (tak termasuk along sbb dia tuisyen English hari ni) balik ke Rantau Panjang menziarah rumah saudara papa yg kematian anaknya 4 hari lepas akibat kemalangan. Kami pergi ke sana lepas hantar along ke kelas tuiesyen. Tapi mama bawak siap2 buku bacalah anakku dlm beg. Jadi sambil tunggu along siap tuisyen mama sempat ajar angah dlm kereta.

Lepas ambik along kami terus ke kedai buku sebab dah janji dgn anak2 nak pegi kedai buku hari ni. Bila dah sampai kedai buku ni apa lagi....seronok la budak2 ni. Bukan saja budak2 ni tapi mama dgn papa pun mmg suka sgt pegi kedai buku ni. Kalau boleh setiap kali cuti mmg nak pegi kedai buku. Papa ni pun sbnrnya ulat buku. Kadang2 tu bukannya nak beli buku tapi saja pegi tgk2 buku. Dan hari ni angah ambik 2 story book. Hari tu dah beli satu bukucerita siri Little fruits Blueberry books tajuk Where is My Home. Anak2 suka sgt bila mama bacakan buku ni. Jadi hari ni mama beli 2 lagi dlm siri sama. Tajuk Just Like daddy dan Spring is Here. Insya-Allah kalau ada budget lebih bulan depan mama beli tajuk lain pulak.





Little Fruits Blueberry Story Book.




Sebenarnya dah 2 minggu tak balik rumah Tok Ma (sblh papa) dan rumah Mok (sblh mama). Tapi disbbkan dah petang jadi kami sklrg cuma balik rumah tok ma saja. Kebetulan ramai sepupu2 lain kat rumah tok ma jadi seronok sakan lah along, angah dan adik main. Kat rumah tok ma ni mereka bebas sikit main sbb halamannya luas. Kalau kat rumah biasanya 3 beradik ni main kat dlm rumah je.





Sedang main bola kat laman rumah Tok Ma.



Bersama sepupu2.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails