June 28, 2010

Lapbook Rukun Iman.

Beberapa bulan lepas angah dah belajar satu drp bab akidah yg utama bg umat Islam iaitu Rukun Iman. Dan hari ni, mama review semula topik ni. Alhamdulillah, angah masih ingat lagi apa yg angah dah belajar sblm ni.

Buku teks dan buku latihan utk subjek Pendidikan Agama Islam.

Setelah selesai dgn latihan dlm buku latihan tu, mama dan angah sama2 menyiapkan lapbook Rukun Iman. Lapbook ni mengandungi keenam2 perkara dlm Rukun Iman iaitu:
  • Percaya kepada Allah SWT.
Mama letakkan dlm lapbook ni gambar2 makhluk dan ciptaan Allah di muka bumi ini utk menunjukkan kekuasaanNya. Turut terangkan pada angah antara sifat2 Allah SWT sprt Allah Maha Melihat serta Maha Mendengar.
  • Percaya kepada malaikat.
Mama sediakan dlm bentuk jadual tugas2 10 malaikat dan mama minta angah tuliskan nama2 malaikat tersebut.
  • Percaya kepada kitab.
Utk nama2 kitab ni, mama sediakan dlm bentuk flap.
  • Percaya kepada rasul.
Mama senaraikan nama-nama 25 Rasul dan 5 nama rasul Ulul Azmi dalam bentuk jadual. Dan utk sifat2 wajib rasul, mama buat dlm bentuk flap.
Sambil menyiapkan lapbook ni, angah sibuk bercerita kisah2 nabi yg telah dia baca. Angah mmg suka sgt baca buku cerita kisah nabi2 nih.

Koleksi buku cerita kisah perjuangan Nabi.
  • Percaya kepada hari kiamat.
Mama bagi gambar ni utk angah warnakan. Gambar ni menunjukkan gambaran keadaan bumi yg akan hancur bila tiba hari kiamat. Mama turut terangkan pada angah ttg balasan syurga dan neraka atas segala perbuatan manusia semasa mereka hidup. Dan masa ni angah siap janji dgn mama nak jadi anak yg baik sbb takut bila dgr mama ceritakan balasan Allah kpd anak2 yg mendehaka pada kedua ibubapa.
  • Percaya kepada qada' dan qadar.
Qada' dan qadar adalah ketentuan baik atau buruk drp Allah SWT. Mama sediakan gambar2 ni utk angah colour. Gambar2 ni utk tunjukkan pada angah antara ketentuan yg Allah tetapkan pada manusia dan kita perlu bersabar disamping berusaha dan berdoa agar Allah memberikan yg terbaik utk kita.

Lapbook Rukun Iman.

Angah sedang mewarna dan menampal. Adik tumpang sibuk :)

Dalam proses menyiapkan lapbook ni, banyak aktiviti yg telah angah lakukan. Antaranya:
  • Membaca.
  • Menulis nama2 malaikat dan mengetahui tugas2nya.
  • Mewarna gambar2.
  • Mengunting bahan2.
  • Menampal bahan2 tersebut ke dalam lapbook ni.

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails