October 8, 2010

Bahagia Selamanya!

Pejam celik pejam celik, hari ni cukup sepuluh tahun mama dan papa melayari alam rumahtangga. Walaupun sudah sedekad, tapi mama rasakan hubungan ini masih lagi baru...masih lagi dlm proses mengenali dan memahami papa.
Sebenarnya mama dan papa ni kawin bukannya atas pilihan sendiri. Tapi orang tua yang aturkan. Mungkin ada yg terkejut sbb mama hanya kenal papa melalui gambar dan seminggu sblm akad nikah barulah mama dpt jumpa dgn papa sbb masa tu papa masih lagi belajar kat Jepun. Kami bertunang selama 6 bulan dan dalam tempoh tu kami ada jugak berhubung melalui email dan telefon. Kiranya kami ni bercinta spls kawin dan alhamdulillah kami bahagia sehingga kini.
Syukur kpd Allah atas kurniaan ini.....seorang suami yang paling baik dan paling sempurna di mata mama. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Kenangan semasa honeymoon di Tokyo Disneyland.

7 comments:

  1. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 untuk Mahani dan Asmawi. Dah 10 tahun ya. Semoga akan terus berbahagia dunai dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun...smoga kekal bahagia hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  3. Kak Chik & CS,
    terima kasih atas ucapan ni.

    ReplyDelete
  4. salam ani, so sweet when love happend after marriage.. semoga Allah merahmati kalian dgn rezeki yg barakah dan anak2 yg soleh/ah amin..

    ReplyDelete
  5. Tahniah mahani....syoknya ke Tokyo Disneyland. Semoga Tuhan merahmati mahani dan suami :-)

    ReplyDelete
  6. Baiti dan Syida - terima kasih atas doa kalian. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails