October 26, 2010

Collage Activity : Cc is for Carrot

Ini aktiviti angah dan adik hari ni. Masih lagi dgn huruf Cc dan hari ni angah dan adik belajar Cc is for Carrot. Kali ni mama bagi mereka buat collage activity pula. Aktiviti macam ni mmg bagus utk fine motor skill anak2.

Collage Carrot.

Bahan-bahannya:
  • kotak cereal
  • kertas warna- oren dan hijau
  • gam
  • gunting
Cara membuatnya:
  • buatkan bentuk carrot pada kotak cereal dan gunting.
  • gunting kertas warna oren kecil2 dan kertas warna hijau panjang2.
  • letakkan gam pada kotak cereal tadi dan tampal kertas warna tadi utk dijadikan carrot.
Adik tekun menyiapkan projek kali ni (walaupun pada mulanya dia tak nak buat...tapi bila tengok carrot angah dah nak siap barulah dia faham apa sbnrnya yg mama minta dia buat tu)

Angah yang tengah bersemangat (tapi kalau time dia takde semangat tu...mmg jenuh jugaklaa mama nak kena pujuk dia)

3 comments:

  1. mahani, saya suka la alas dulang tu..bagus, senang anak2 nak buat keje. beli dulang biasa atau ada dulang khas?

    ReplyDelete
  2. syida, yg tu tuh bukannya dulang khas pun..he..he..dulang tu sbnrnya bekas lapik rak pinggan yg dah lama saya tak gunakan. drp dibiarkan tu, lebih baik saya gunakan utk HS ni. mmg sesuai sgt utk aktiviti mcm ni. taklah bersepah sgt ^____^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails