October 1, 2010

Belajar Sambil Bermain Playdough.

Sepanjang bulan lepas, anak-anak tetap bermain playdough. Bukan playdough yang mama buatkan tapi yang beli siap kat kedai. Sbnrnya mama telah gantikan aktiviti homemade playdough tu dengan aktiviti membuat biskut raya sebab sbnrnya kedua-dua aktiviti ni pun hampir sama saja.
Dan hari ini, anak-anak kembali semula beraktiviti dengan menggunakan playdough yang mama buatkan. Masih lagi dengan 'letter Aa' dan epal. Jadi mama telah sediakan dua playdough mat untuk anak-anak gunakan iaitu:
  • Letter Aa Playdough Mat.
Mama print di sini dan kemudian laminate.

Angah sedang membentuk huruf Aa menggunakan mat tadi.
  • Apple Tree Playdough Mat.
Mama print di sini dan kemudian laminate selepas angah dan adik warnakan gambar tersebut.

Angah dan adik sama-sama mewarnakan gambar 'Apple Tree' untuk dijadikan playdough mat.

Adik membentuk playdough bulat-bulat untuk diletakkan di atas pokok epal. Selain untuk develop fine motor skill, mama juga dapat ajar adik mengira.

Selepas itu, mama bagi aktiviti bebas kepada anak-anak untuk bermain playdough dengan menyediakan peralatan seperti rolling pin, alphabet cutter, biscuit cutter dan kitchen playtool set. Memang anak-anak seronok sangat bila diberikan peluang bermain macam ni. Dan aktiviti-aktiviti begini memang bagus untuk meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak ketika mereka membuat pelbagai bentuk pada playdough tersebut dengan menggunakan tangan mereka.

Angah sedang membentuk huruf menggunakan alphabet cutter.

Adik sedang menggelek playdough menjadi panjang-panjang untuk membentuk huruf Aa. Salah satu cara untuk mengajar adik mengenal huruf Aa.

Belajar menggunakan rolling pin.

Sama-sama beraktiviti di hujung minggu (^O^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails