October 17, 2010

Letter of the Week: Letter Cc.

Dalam masa dua minggu akan datang ni mungkin tumpuan mama untuk aktiviti homeschool bersama angah dan adik hanya pada sebelah pagi. Setelah along balik dari sekolah mama akan tumpukan pada along pulak sebab along akan periksa akhir tahun awal bulan November ni. Sebenarnya kalau boleh mama taknak along tertekan sangat dengan latihan2 yang akan mama berikan nanti (walaupun sbnrnya mama yg agak tertekan...eee tak suka sgt perasaan ni). Jadi disamping latihan2 tu, mama akan cuba selitkan dgn aktiviti kraf utk along buat bersama2 angah dan adik. Sebenarnya skrg ni along berada di kelas 3 Pintar (kelas no.1). Jadi kalau boleh mama nak along kekalkan prestasi dia dan dpt kekal berada di kelas Pintar tahun depan. InsyaAllah.

Dan utk aktiviti homeschool adik minggu ini, insyaAllah adik akan mula belajar mengenal huruf Cc pula dengan pelbagai aktiviti yang telah mama rancangkan. Manakala angah pula akan teruskan belajar membaca, menulis dan mengira dengan latihan2 di dalam workbook dan juga ikut sama beraktiviti bersama-sama adik.

Berikut antara aktiviti angah dan adik untuk hari ini:
  • Mewarna huruf Cc.
Mama dapatkan template huruf Cc ni di sini.
  • Lacing activity.
Angah dan adik sama-sama membuat lacing activity pada huruf Cc.
  • Counting.
Adik belajar mengira dan mengenal nombor 1~5.
  • Match the letter A~Z.
Adik sedang memadankan huruf A~Z menggunakan file folder yang mama telah sediakan beberapa bulan lepas. Kali ni adik padankan huruf pada file folder tersebut dengan huruf magnet.

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak mahani.. terima kasih banyak2 di atas segala perkonsian akak. Semoga Allah bantu mudahkan akak sebagaimana akak bantu life ibu2 di luar sana. Saya minta izin utk keep bhn2 dan gambar2 akak utk rujukan ya.
    Jazakillahukhair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Rashidah,
      Sama2. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kpd semua (^_^)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails