January 12, 2013

Muffin Cup Flower Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali di pagi sabtu. Hari ni along & angah cuti sekolah. Papa pun cuti hari ni. mmm...tapi tak tahu lagi apa plan kami hari ni. Sekarang ni kat sini cuaca tak menentu...kadang2 hujan lebat...kadang2 panas. Hari ni tak pasti lagi cuaca macamana. Kalau tak hujan bolehlah bawak anak2 jalan2.
Ok. Sebelum mama start buat keje rumah...pagi ni mama nak kongsikan satu lg aktiviti kraf kakak minggu ni (hari khamis). Sebenarnya mama lebih suka bg anak2 buat kraf utk belajar.Sbb melalui aktiviti kraf...macam2 benda anak2 boleh belajar. Dengan aktiviti kraf kita dpt mengembangkan kreativiti dan imaginasi anak2 dan dapat  membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka. Dgn aktiviti kraf juga kita dapat improve motor skill anak2...contohnya ketika mereka mewarna & menggunting. Juga dapat melatih anak2 utk lebih bersabar utk menyiapkan kraf mereka tu. Lagipun kebykan kanak2 mmg cukup suka buat kraf ni. So...it's fun learning & anak2 akan lebih mudah terima apa yg kita nak ajar. 
  
Muffin Cup Flower Craft

Cantik tak??? Inilah satu lagi kraf yg kakak buat minggu ni. Sebab minggu ni kakak belajar dgn tema 'Muffin'...jadi mama plan utk buat kraf menggunakan muffin cup...terus search kat internet & dpt idea kat sini utk buat Muffin Cup flower Craft ni.

Material yg digunakan utk buat kraf ni:
~ Muffin Cup
~ Paper plate
~ Pipe Cleaner (hijau & brown)
~ Foam sheet
~ Gam
~ Gunting

Cara2nya:
Lekatkan muffin cup pada paper plate.

Gunakan duit syiling utk melukis bentuk bulat pada foam sheet.

Kemudian gunting.

Lepas tu...letakkan gam pada foam yg telah digunting tadi.

Dan terus lekatkan kat dlm cup yg telah dilekatkan pada paper plate tadi.

Gunakan pipe cleaner brown utk dijadikan sbg batang. 

Dan pipe cleaner hijau sbg daun. Letakkan gam dan lekatkan.

Ok....dah pun siap...alhamdulillah. Happy je kakak bila tengok hasil kreativiti dia ni. Well done kakak (^_^)

Kalau ada yg berkenan tu...boleh lah cuba aktiviti kraf ni dgn anak2 di rumah. Mesti anak2 pun seronok. Selamat mencuba (^_~)


6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails