September 28, 2010

Apple Tree Craft.

Apple tree craft.

Aktiviti homeschool hari ini masih lagi dengan huruf Aa. Hari ini adik dan angah sama-sama beraktiviti dengan membuat kraf 'Pokok Epal'. Semasa menyiapkan kraf ini, adik juga dapat belajar mengenal dan membezakan huruf A dan a (capital and small letter).

Bahan-bahan yang digunakan:
  • paper roll.
  • pinggan kertas
  • manila kad warna hijau
  • gunting
  • gam
  • water colour - brown and green
  • gambar epal dengan huruf Aa

Cara membuatnya:
  • Warnakan paper roll dengan warna brown untuk dijadikan batang pokok epal.
  • Kemudian warnakan pula pinggan kertas dengan warna hijau.
  • Sementara menunggu paper roll dan paper plate tadi kering, angah dan adik menggunting gambar epal dan mama pula lukiskan daun pokok epal pada manila kad hijau dan gunting (2 keping untuk 1 pokok).
  • Kemudian tampalkan gambar epal pada 2 keping daun tadi. 1 keping untuk A (capital) dan satu lagi untuk a (small). Melalui aktiviti ini adik dapat mengenal dan membezakan huruf A dan a.
  • Setelah kering, belah hujung paper roll kepada 4 bahagian sepanjang 1 inci. Lipat dan lekatkan pada bahagian tengah paper plate.
  • Akhir sekali lekatkan daun pada paper roll.
Sedang mewarna paper roll.

Rehat kejap, kemudian sambung pula mewarna paper plate.

Rehat lagi (he..he..byk nyer rehat). Kemudian teruskan dengan menggunting gambar epal, meletakkan gam dan menampalkannya pada daun pokok epal.

Inilah dia pokok epal kami ^O^

5 comments:

  1. saya sebenarnya mencari2 idea membuat kraf dengan paper roll. terima kasih untuk entri ni. InsyAllah akan cuba :-)

    ReplyDelete
  2. Syida dan Aishah,
    selamat mencuba kraf ni bersama anak-anak ^_-

    ReplyDelete
  3. slm kak..nk tanya paper roll tu yg roll tisu toilet tu ke bukan?sbb paper roll tu nampak panjng je...ingt nk try buat kraf ni dgn ank sy minggu ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails