September 24, 2010

Letter of the Week - Aa is for Apple.

Aa is for Apple.

Ini adalah satu lagi projek adik dan angah untuk 'Alphabet Book : Mama HS's Book of ABC's'. Kali ni untuk a (huruf kecil) pulak.
Mereka berdua sama-sama telah siapkannya pagi semalam.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • pinggan kertas
  • pencil warna/marker merah
  • marker hitam
  • gunting
  • gam
  • kertas warna hijau
  • construction paper (lupa lak nak ambik gambar)
Cara-caranya:
  • Buatkan huruf a pada pinggan kertas menggunakan marker hitam.
  • Warnakan huruf tersebut dengan warna merah.
  • Guntingkan huruf a tadi dan juga guntingkan kertas hijau untuk dijadikan daun.
  • Tampalkan pada construction paper.
  • Lukiskan biji-biji epal kat tengah huruf a tadi.
Ini pula antara gambar yang mama rakamkan sepanjang mereka menyiapkan projek ni semalam.

Sedang mewarnakan huruf a pada pinggan kertas.


Angah dan adik masing-masing sedang menggunting huruf a, meletakkan gam dan menampalkan huruf tersebut pada construction paper. Sekarang ni adik dah agak mahir menggunakan gunting. Seperti dlm gambar ni, memang adik sendiri yang guntingkan huruf a dia tu. Cuma bahagian dalam tu, mama lah yang tolong guntingkan.

Dengan bangganya, adik dan angah menayangkan hasil kerja mereka ^O^

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails