December 29, 2010

Bertemu kembali....


Bertemu kembali...
Lama sgt rasanya tak update blog ni. Sibuk dgn macam2 kerja. Biasalah surirumah ni. kerjanyer kalau 24 jam sehari tu rasanya macam tak cukup. Lepas balik bercuti hari tu, rutin harian mama kembali seperti biasa. Aktiviti dgn anak2 tetap diteruskan cuma mama lebih serahkan pada anak2 utk pilih dan buat sendiri aktiviti yg mereka suka sprt kraf. Macam biasa alonglah yg jadi ketua. lagipun along ni kreatif jugak orangnya. Kalau bab lukis2 tu orang kata tangan dia 'berseni' jugak la. Sepanjang cuti sekolah ni diorang 3 beradik suka sgt tengok rancangan Atzooka di Nickelodeon channel. Jadi biasanya lepas tgk rancangan tu mereka pun mulalah mencari/selongkar barang2 mama utk mereka cuba buat kraf yg mereka tengok tu. Macam2 kraf yg mereka dah cuba buat tapi mama malas pulak nak ambik gambar.
Dan utk minggu terakhir cuti sekolah ni, ada ahli baru utk mama homeschool ni. Anak saudara mama, Amirah tumpang join sekali belajar bersama2 along, angah dan adik. Tahun depan Amirah dah nak masuk darjah 1. Tapi dia belum lagi dpt membaca BI dgn baik. Jadi sambil2 mama duk mengajar anak2 ni, mama ajak dia join sekali. Boleh jugak mama tolong ajarkan dia setakat yg mama termampu.

Sweet girl....Amirah ^-^

Masing2 khusyuk menyiapkan latihan yg mama bagi....abaikan pandangan bilik yg bersepah tu yer ;)

December 3, 2010

Cuti2 Malaysia.

Sebelum cuti sekolah bermula lagi along dah bising2 tanya nak bercuti kat mana cuti sekolah kali ni. Sebenarnya kami jarang sgt bercuti jauh2. Byk sgt alasannya...papa tak boleh cuti la...takut penat la...takut habis duit la...hehe. Tapi sbnrnya mama tak nak pegi jauh2 ni sbb mama takut sgt bila baca berita2 kemalangan yg kerap berlaku skrg ni. Tapi kesian jugak dgn anak2. Selalu saja duk dengar cerita kawan2 je...pegi sana..pegi sini. Jadi kali ni awal2 lagi papa adjust cuti supaya dpt cuti pjg sikit. Dptlah kami pegi bercuti lama sikit.
Kali ni kami pegi bercuti di Pahang. Kebetulan 2 orang adik mama ada kat sana. Sorang di kuantan dan sorang lagi kat Jerantut. Jadi sambil makan angin boleh jugak menziarah rumah adik-beradik. Jimat jugak kos penginapan (^_-)

Pegi Cameron Highland sebelum ke Jerantut.

Sebelum ke rumah adik kat Kuantan ni, kami singgah dulu di Teluk Cempedak.

Inilah tujuan sbnr kami ke Pahang...dah lama anak2 teringin main2 air di Gambang Waterpark. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat mereka.

Balik dari bercuti, mama sambung balik 'meroti'. Sebelum ni roti mama tak berapa menjadi. Tapi slps menggunakan water roux, alhamdulillah roti mama menjadi. Gebus sgt. Terima kasih Ros & Izah sbb bagi tips utk buat roti tu yer. Bila dah menjadi ni, lagilah bersemangat mama menguli. Hari2 buat roti. Nak tayang jugaklah antara roti2 yg telah mama buat ni..hehe

Bun Kentang yang mama dah buat sblm ni. Tapi kali ni mmg menjadi. Ibu Ernawaty boleh klik sini utk dptkan resepinya yer!

Gebus sgt bun kentang mama kali ni ^0^

Bun Gula Merah. Sedap sgt bun ni. Resepi dari Ros jugak.

Japanese Style Sweet Bun Dough. Resepi kat sini.

Anak2 pun sibuk menguli jugak. Mama buatkan mereka homemade playdough utk mereka main.

November 24, 2010

Jom 'meroti' !

Sebenarnya skrg ni mama tengah gila 'meroti'...hehe...Boleh dikatakan dlm minggu ni tiap2 hari mama buat roti. Bukan apa...tiap kali mama buat, roti tu tak nak jadi gebus macam org lain buat. Mmg tak puas hati. Jadi selagi roti yg mama buat tu tak jadi macam yg mama nak, selagi tu lah mama akan cuba buat. Orang kata usaha itu tangga kejayaan kan! Sbnrnya semua orang kat rumah ni memang suka sangat makan roti dan boleh dikatakan bekalan roti tu tak pernah putus. Tapi bila terbaca artikel tentang bahaya roti yg dibeli ni (boleh baca kat sini), mama jadi takut pulak utk makan lebih2 lagi utk bagi makan kat anak2. Jadi mama akan usaha jugak utk pandai buat roti ni sendiri. Lebih terjamin kandungannya.
Sambil duk 'meroti' tu, boleh mama jadikan ia sebagai aktiviti bersama anak2. Ini aktiviti mama semalam. Mama cuba buat 'Bun Kentang'. Resepinya mama dapat kat Jintan Manis.

Along & angah sedang tolong mama menguli mengikut tips yg Ros Jintan Manis tu bagi.

Semangat sangat....siap bagi penumbuk lagi (^o^)

Giliran adik pulak nak menguli ;)

Inilah hasilnya Bun Kentang kami. Dah kena ngap satu sblm sempat snap gambar (^__~)

Sedap roti ni...tapi tak cukup gebus lagi. Tak tahulah kat mana silapnya. Nak kena cuba buat lagi lain kali nih sampai menjadi.

Ini pulak aktiviti adik kebelakangan ni. Suka sgt dia main masak2. Anak perempuan katakan (^_-). Disebabkan takde partner (along & angah mmg tak nak join), kenalah mama temankan dia main masak2 ni.

Sbnrnya bagus jugak main2 macam ni. Boleh adik belajar utk tolong mama masak2 lepas ni (^0^)

November 21, 2010

Letter of the Week: Dd is for Daisy.

Kembali dgn aktiviti homeschool setelah puas mama 'bercuti'. Lama2 sgt cuti tak boleh jugak...nanti berkarat (^_-). Walupun sekolah dah start cuti, tapi kalau boleh mama nak teruskan jugak aktiviti homeschool dgn anak2...InsyaAllah. Mungkin kami akan lebih kpd aktiviti kraf sbb skrg ni mama sedang cuba kemaskini sylibus dan bahan2 mengajar utk angah tahun depan. InsyaAllah, mama akan teruskan mengajar sendiri angah di rumah tahun depan sebelum angah masuk darjah 1 pada 2012.

Semalam angah dah pun terima langganan majalah Aulad utk bulan Disember. Jadi angah telah gunakannya utk aktiviti hari ni dan dah pun siapkan beberapa latihan kat dlm tu. Utk along pulak, mama bagi along buat latihan penulisan BM. Lepas tu, along & angah ikut sama dgn aktiviti adik untuk mengenal huruf iaitu huruf Dd.
  • Activities for recognition & fine motor skill.
Sedang mewarna templete Dd yg mama print kat sini.

Menggunting dan menampal huruf Dd pada construction paper utk aktiviti seterusnya.
Hasil kreativiti along, angah & adik (ade rupa daisy tak???)

Sbnrnya kami cuba membentuk daisy dgn menggunakan botol air dan penutupnya. Caranya, celupkan bahagian bawah botol ke dlm water colour putih dan penutup botol dlm water colour kuning. Kemudian tekapkan pada kertas utk membentuk daisy. Kalau tengokkan hasilnya tu tak sprt yg mama harapkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan anak2 enjoy dgn aktiviti kali ni.



Angah sedang membentuk dinosour's foot print dgn mencelupkan kaki dinosour ke dlm lebihan water colour tadi dan menekapkannya pada kertas. Asalnya mama nak mereka buatkan Dd is for Dragon. Tapi dgn idea angah, jadilah Dd is for Dinosour's Foot Print (^___^)

p/s:
Mama akan teruskan juga niat mama utk homeschoolkan angah tahun depan dgn sokongan penuh dari papa walaupun ramai yg tak berapa setuju dgn keputusan mama ni. Mama akan cuba buktikan yg mama mampu buat dan angah juga akan dpt belajar sama sprt mereka yg belajar kat sekolah. Mungkin lebih baik lagi. InsyaAllah. Doakan mama ya!

November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya AidilAdha kami ucapkan kpd semua.

Alhamdulillah, sekali lagi kami sekeluarga dpt menyambut hari raya hari ni bersama2 mok, tok ayah, tok ma dan semua ahli keluarga sebelah mama & papa.

November 10, 2010

BacaanKu: Iqra' 5 - Motivasi Utk Angah.

Dah seminggu lebih mama tak posting aktiviti anak2 kat sini. Dlm minggu ni mmg aktiviti agak slow sikit. Along tak sihat dan kebetulan pula orang tua mama ada kat rumah ni. Lagipun bila dah masuk hujung tahun ni, semangat mama pun macam agak kureng sikit...he..he..tak patut betul. Along pun skrg ni dah pun habis final exam. Jadi mama pun kalau boleh rasa macam nak rileks dulu barang seminggu dua...release tension jugak...he...he...
Walaupun mama nak bercuti, kalau boleh mama akan cuba jugak adakan apa2 aktiviti bersama anak2 selain aktiviti wajib kami setiap hari iaitu read aloud dan membaca Al-Quran & Iqra'. InsyaAllah.
Minggu lepas angah dah pun masuk Buku 5 Iqra'. Alhamdulillah, lega sgt2 bila angah habis buku 4 tu sbb mama rasa dah lama sgt angah duk baca buku 4 tu. Angah ni kadang2 tu dia bersemangat sgt nak baca Iqra' ni...dan selalu jugak la dia buat perangai tak nak baca time mama nak ajar Iqra' ni. Tu yg lambat sgt habis tu. Mungkin dia dah jemu kot...mmm...entahlah...
Utk tarik minat angah tu, mama cuba guna carta kat bawah ni skrg ni.

Carta utk memberi motivasi pada angah.

Mama tlh buatkan carta utk Buku 5 Iqra' yg mengandungi 32 mukasurat. Cara utk gunakannya ialah angah akan warnakan nombor mukasurat yg angah tlh baca dgn lancar. Jadi dgn carta ni angah boleh nampak byk mana yg angah dah baca dan byk mana lagi yg angah perlu baca utk habiskan Buku 5 ni.
Harap2nya slps ni angah akan lebih bersemangat utk belajar Iqra'.

Skrg ni angah dah pun lancar sehingga mukasurat 5. Alhamdulillah.

November 2, 2010

Teaching Tool for Writing Practice.


New teaching tool for writing practice.

Ini adalah 'teaching tool' yg baru utk mama ajar adik menulis. Bahan utk tool ni mama dpt kat sini. Dgn. menggunakan bahan yg menarik dptlah mama menarik minat anak2 utk terus belajar.InsyaAllah.

Mama laminate supaya tahan lama dan boleh ditulis berulang2 kali dgn menggunakan whiteboard pen. Kemudian satukan dgn ring. Mudah utk adik bawak ke mana2.

Seronok menggunakan tool yg baru ^___^

Angah pun nak cuba jugak ^o^

October 28, 2010

The Carrot Seed Lapbook.

Semalam angah dan adik berjaya siapkan satu lagi lapbook iaitu 'The Carrot Seed Lapbook'. Masa mama duk cari2 bahan utk mengajar minggu ni mama jumpa bahan utk buat lapbook ni kat sini. Mmg sesuai utk aktiviti homeschool kami khususnya adik yg skrg ni masih lagi belajar mengenal huruf Cc - Cc is for Carrot.

The Carrot Seed Lapbook.

Angah dan adik ambik masa 2 hari utk siapkan lapbook ni. Saja mama bagi mereka buat slow2 sbb tak nak bagi diorang rasa boring sbb banyak benda yg perlu mereka buat utk siapkannya.

Hari pertama (Isnin). Melibatkan aktiviti mewarna dan menggunting.

Hari kedua (Rabu). Masih lagi dgn aktiviti menggunting dan last sekali menampalkan bahan2 yg telah digunting pada manila kad utk dijadikan lapbook.

Antara kandungan lapbook ni ialah:
~carrot size tri-fold book.
~C is for.....cards and pocket.
~what plants need.
~will it come up? - pull-tab book.

October 26, 2010

Collage Activity : Cc is for Carrot

Ini aktiviti angah dan adik hari ni. Masih lagi dgn huruf Cc dan hari ni angah dan adik belajar Cc is for Carrot. Kali ni mama bagi mereka buat collage activity pula. Aktiviti macam ni mmg bagus utk fine motor skill anak2.

Collage Carrot.

Bahan-bahannya:
  • kotak cereal
  • kertas warna- oren dan hijau
  • gam
  • gunting
Cara membuatnya:
  • buatkan bentuk carrot pada kotak cereal dan gunting.
  • gunting kertas warna oren kecil2 dan kertas warna hijau panjang2.
  • letakkan gam pada kotak cereal tadi dan tampal kertas warna tadi utk dijadikan carrot.
Adik tekun menyiapkan projek kali ni (walaupun pada mulanya dia tak nak buat...tapi bila tengok carrot angah dah nak siap barulah dia faham apa sbnrnya yg mama minta dia buat tu)

Angah yang tengah bersemangat (tapi kalau time dia takde semangat tu...mmg jenuh jugaklaa mama nak kena pujuk dia)

October 20, 2010

Cc is for Cotton.

Alhamdulillah, dgn izinNya mama masih lagi diberikan semangat dan kekuatan utk meneruskan homeschool ni walaupun terpaksa berdepan dgn macam2 kerenah anak2. Biasalah budak2...ada masanya mereka tu mudah mendengar dan menurut apa yg kita cakap. Ada masanya jugak kita sebagai ibu ni mmg perlu banyak2 bersabar bila mereka buat 'perangai'.

Bermula minggu ni, adik dah mula belajar membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. Kalau ikutkan cara mengajar membaca menggunakan kaedah fonik, anak2 tak perlu dikenalkan lagi dgn nama huruf tapi diajarkan bunyi huruf tu dulu. Macam tu lah juga cara mama ajarkan angah dulu. Tapi utk adik ni, mama ajarkan nama serta bunyi huruf tersebut. Memang kalau boleh mama nak ajar mengikut cara mama ajar angah dulu tapi dah terlanjur adik belajar dan dahpun mengenal huruf2 ni sebelum mama bersedia utk ajar adik membaca. Jadi mama akan cuba dulu kaedah/cara ni utk adik dan tengok samada cara ini berkesan ataupun tidak. Kalau adik dapat ikut cara ni, mama akan teruskan dan kalau tidak mama akan gunakan kaedah yg mama dah gunakan sblm ini. Harap2 usaha mama ini di permudahkanNya.

Ini pula adalah aktiviti anak2 utk hari ini dan semalam:
  • Alphabet Book: Cc is for Cotton.
Aktiviti ni menggunakan templete Cc yg telah adik & angah warnakan.

Adik & angah sedang menyiapkan projek 'Letter Cc is for Cotton'.
  • Counting cotton.
Aktiviti yg biasa adik buat utk belajar mengira dan mengenal nombor. Kali ni dgn menggunakan 'cotton'.

October 17, 2010

Letter of the Week: Letter Cc.

Dalam masa dua minggu akan datang ni mungkin tumpuan mama untuk aktiviti homeschool bersama angah dan adik hanya pada sebelah pagi. Setelah along balik dari sekolah mama akan tumpukan pada along pulak sebab along akan periksa akhir tahun awal bulan November ni. Sebenarnya kalau boleh mama taknak along tertekan sangat dengan latihan2 yang akan mama berikan nanti (walaupun sbnrnya mama yg agak tertekan...eee tak suka sgt perasaan ni). Jadi disamping latihan2 tu, mama akan cuba selitkan dgn aktiviti kraf utk along buat bersama2 angah dan adik. Sebenarnya skrg ni along berada di kelas 3 Pintar (kelas no.1). Jadi kalau boleh mama nak along kekalkan prestasi dia dan dpt kekal berada di kelas Pintar tahun depan. InsyaAllah.

Dan utk aktiviti homeschool adik minggu ini, insyaAllah adik akan mula belajar mengenal huruf Cc pula dengan pelbagai aktiviti yang telah mama rancangkan. Manakala angah pula akan teruskan belajar membaca, menulis dan mengira dengan latihan2 di dalam workbook dan juga ikut sama beraktiviti bersama-sama adik.

Berikut antara aktiviti angah dan adik untuk hari ini:
  • Mewarna huruf Cc.
Mama dapatkan template huruf Cc ni di sini.
  • Lacing activity.
Angah dan adik sama-sama membuat lacing activity pada huruf Cc.
  • Counting.
Adik belajar mengira dan mengenal nombor 1~5.
  • Match the letter A~Z.
Adik sedang memadankan huruf A~Z menggunakan file folder yang mama telah sediakan beberapa bulan lepas. Kali ni adik padankan huruf pada file folder tersebut dengan huruf magnet.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails