August 17, 2010

Bottles and Lids Activity.

Hari ke 7 berpuasa. Alhamdulillah, aktiviti homeschool juga tetap diteruskan walaupun agak slow sikit. Antara aktiviti wajib setiap hari adalah belajar 'Progressive Phonics' & latihan matematik utk angah, counting and recognition activity (letter & number) utk adik dan juga read aloud. Dan sebelah petang dan malam mereka akan belajar Al-Quran. Skrg ni angah sudah sampai di buku 4 Iqra'. Bacaan Along pula dah sampai di Surah Toha. Alhamdulillah.

Ini pula adalah aktiviti anak2 minggu ni iaitu aktiviti menggunakan botol dan penutupnya. Mama mendapat idea utk practical life activity ni daripada blog2 yg mengajar menggunakan
Montessori Method.

Material:
  • 5 biji botol beserta penutupnya yang berlainan saiz.
Procedures:
  • Bukakan dulu penutup dan letakkan bersama-sama dgn botol.
  • Minta anak padankan penutup dgn botolnya.
  • Kemudian minta anak menggunakan kedua2 tangan utk menutup botol tersebut dgn satu tangan memegang penutup dan satu lagi memegang botol.
  • Setelah siap kelima2 botol, mama minta anak2 buka semula penutup tersebut.
  • Mama juga tlh gunakan material ni (bottle & lid) utk sorting activity. Anak2 menyusun botol2 tersebut dari tinggi (high) ke rendah (low) dan menyusun penutup botol dari kecil (small) ke besar (big).
  • Juga dpt recognize circle shape.
Adik sedang cuba menutup botol tersebut.

Along & angah pun nak buat jugak!

Sorting lids size in order small to big.

Sorting bottles size in order high to low.

Antara yg dpt anak2 pelajari melalui aktiviti kali ni ialah:
  • Padankan penutup dgn botol yg betul.
  • Belajar bagaimana utk membuka dan menutup botol.
  • Developing wrist twist and fine motor control.
  • Order, concentration, coordination and independence.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails