August 6, 2010

Bubble Art.

Tengokkan pada anak2 yg gemar sangat main bubble skrg ni, hari ni mama bagi mereka buat'Bubble Art' pula. Idea ni mama dpt kat sini.

Materials:
  • Bubble solution.
  • Pewarna.
  • Straw.
Procedures:
  • Tuangkan bubble solution ke dalam bekas.
  • Campurkan pewarna. Mama gunakan pewarna makanan.
  • Tiupkan dgn straw. Tidak digalakkan utk anak2 kecil takut kalau2 mereka tersedut bubble tu.
  • Kemudian bila dah keluar banyak bubble tu, letakkan kertas kat atas bubble tadi.

Semangatnya along & angah meniup bubble :)


Inilah hasilnya 'Bubble Art' along & angah.

video
Seronok bermain bubble.

Semua anak2 mama mmg cukup suka main bubble ni (rasanya memang semua kanak2 macam tu kan!). Kalau dulu mama tak berapa suka kalau anak2 minta belikan bubble ni. Bukannya apa..kalau diorang nak main tu tak kira tempat. Kat dlm rumah pun nak main...malam2 pun nak main. Paling mama tak suka bila air sabun tu tumpah kat atas karpet ataupun sofa.
Tapi skrg ni tak lagi sbb anak2 pun dah besar sikit dan diorang pun dah boleh ikut syarat mama...kalau nak main bubble tu boleh tapi kena main kat luar. Tu yg skrg ni boleh dikatakan hari2 mereka main bubble. Lagipun mama tak boleh halang anak2 nak main sbnrnya sbb anak2 dpt belajar sambil mereka bermain ni.

Bubble solution ni mama beli kat Tesco. Rm5.90 utk 1 liter. Boleh tahan nak main bubble la tiga beradik ni ;) .

STORY TIME!
Adik juga selalu pilih buku cerita ni utk read aloud
~ 'The colourful bubbles' ~

2 comments:

  1. Wah...nyaringnya suara balqis...mula2 sy terfikir2 jg byi apa....hehehe..cutenya, masyaAllah..

    Samalah dgn abdullah, abg tiup belon, dia tukang kejar n pecahkan

    ReplyDelete
  2. he..he..suara dia tu mmg kuat sikit kalau nak banding dgn abg2 dia tu. kalau bab bercakap pulak mmg cukup pandai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails