August 10, 2010

Ladybird Number Line.

Ini adalah aktiviti homeschool utk semalam dan hari ni. Semalam kami sama2 siapkan 'Ladybird Craft'. Dan dgn menggunakan kraf ni, hari ni adik dpt belajar counting & recognize number.

Materials:
  • kertas warna merah
  • kertas warna hitam
  • gam
  • marker pen
  • gunting
Procedures:
  • Gunting kertas merah kpd bentuk oval utk dijadikan badan ladybird.
  • Guntingkan kertas hitam utk dijadikan kepala. Lps tu tampalkan pada badan ladybird.
  • Lukiskan garisan hitam pada tengah badan ladybird menggunakan marker pen.
  • Guntingkan small circle secukupnya dgn menggunakan kertas hitam.
  • Kemudian kira bersama2 anak....1 circle utk ladybird yg pertama dan lekatkan pada badan ladybird tersebut...2 circle utk yg kedua dan lekatkan...dan begitulah seterusnya sampai cukup 10 ladybird.
  • Lps tu tuliskan nombor kat bawah mengikut jumlah circle pada badan ladybird tersebut.
  • Last sekali bolehlah minta anak2 susun ladybird tu mengikut susunan nombor. Mama minta anak2 susun pada tali.
Sama2 letakkan gam dan menampal.

Angah tuliskan bilangan circle pada ladybird.

Adik sedang cuba sepitkan ladybird pada tali. Aktiviti begini mmg sesuai utk develop fine motor skill anak2.

Antara yg dpt angah & adik belajar sepanjang aktiviti homeschool kali ni adalah:
  1. Develop fine motor skill melalui aktiviti menggunting, menampal, menulis dan menyepit ladybird pada tali menggunakan clothes pin.
  2. Mengira.
  3. Mengenal nombor.
  4. Social skill iaitu bekerjasama utk menyiapkan kraf.
Fun learning.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails