August 5, 2010

Lapbook Rukun Islam.

Hari ni angah telah belajar Bab Rukun Islam utk subjek Pendidikan Islam bahagian Ibadah.

Buku Teks & buku latihan utk subjek Pendidikan Agama Islam.

Sebelum ni mama dah biasa terangkan secara ringkas pada angah ttg rukun Islam ni. Dan bila mama mula ajarkan bab ni hari ni, alhamdulillah angah dapat faham dan mula mengingat kelima2 Rukun Islam ni.
Selesai dgn latihan dlm buku latihan kat atas tu, kami sama2 siapkan satu lagi lapbook iaitu Lapbook Rukun Islam.

Lapbook Rukun Islam (cover).

Inside the lapbook.

Close Up:
Bahagian dlm sblh kiri:
1)Mengucap dua kalimah syahadah.
2)Sembahyang 5 waktu - mama sediakan dlm bentuk flip. Bila flip tu dibuka, angah boleh tengok berapa rakaat utk solat tersebut.

Bahagian dalam (center)
3) Berpuasa di bulan Ramadan.
~Kat sini juga mama minta angah tuliskan kelima2 rukun Islam tersebut.

Bhgn dalam sblh kanan:
4) Membayar zakat.
5) Menunaikan haji di Mekah.


Untuk menyiapkan lapbook ni, mama dpt libatkan angah dgn pelbagai aktiviti sprt:
  • mewarna.
  • mengeja dan menulis.
  • menggunting.
  • menampal.
Angah sedang menyiapkan lapbook.

Adik pun join sekali.

Sama-sama mewarna masjid.

Isya-Allah, lps ni mama akan ajarkan dgn lebih terperinci utk setiap satu rukun Islam ni.

7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails