September 19, 2010

Kembali 'berhomeschool'

Alhamdulillah, hari ini kami mula beraktiviti semula. Dari semalam lagi mama dah pesan pada angah yang hari ini kami akan mula berhomeschool seperti biasa (seperti sblm cuti raya). Jadual belajar utk minggu ni dah pun mama siapkan dan hari ni pagi2 lagi mama susun buku2 dan bahan2 yang akan digunakan utk aktiviti hari ni dlm workbox (utk angah) dan dlm bakul (utk adik). Bila dah siap macam ni senanglah sikit nak mengajar. Taklah buang masa duk fikir & mencari bahan utk mengajar.

Seperti biasa, mama mulakan homeschool dgn bacaan doa dan seterusnya 'calendar time'. Alhamdulillah, skrg ni angah dah tak keliru lagi bila mama tanyakan hari ni hari apa?...kelmarin hari apa?...esok hari apa?...(samada dlm bahasa melayu ataupun english).

Ini adalah aktiviti angah dan adik utk hari ini:

ANGAH
Read aloud
Semalam angah ada bagitau mama yg dia dah lama tak buku cerita dari 'Siri cerita haiwan dengan fakta sains' yg angah dah baca beberapa bulan lepas. Jadi hari ni angah telah baca buku cerita 'Kenapa Pinggang Kerengga Ramping' (boleh rujuk di sini). Bermula minggu ni angah akan gunakan semula buku2 cerita dalam siri ini utk bahan bacaan semasa aktiviti homeschool. Tak perlulah mama belikan buku cerita baru.

Bahasa Melayu
Angah telah teruskan dgn latihan dalam buku latihan 'Pandai Bahasa'. Skrg ni mama lebih fokuskan pada penulisan.

English
Utk phonics, angah masih di Book 6 Intermediete level Progressive Phonics. Kemudian teruskan dgn latihan dlm buku latihan.

Sedang menyiapkan latihan.

Tulisan Jawi
Utk tulisan jawi, hari ni angah belajar menulis huruf 'syin' dan 'sod'.

ADIK
New teaching tool for counting and number recognition.

Hari ini adik belajar mengira dan mengenal nombor menggunakan teaching tool yang baru.
Utk aktiviti ini, adik akan mengira bilangan titik pada setiap kad. Kemudian mama akan tunjukkan nombor pada kad tersebut yang menunjukkan nombor bagi bilangan titik tadi.
Selepas tu, adik akan letakkan clothes pin pada kad tersebut mengikut nombor kad tadi.

Juga aktiviti yang bagus untuk fine motor skill.

Sedang mewarna gambar di dalam majalah 'Sayang Muslim'.

Khusyuk menulis pada ABC white board sambil belajar mengenal huruf.

Belajar bersama angah di Starfall website.

Hari ini juga, angah & adik juga sempat siapkan satu craft iaitu 'paper cup flower basket'.

Bahan yang digunakan:
  • paper cup
  • pipe cleaner
  • water colour
  • gunting
  • hole punch
Procedures:
  • Tanda dan guntingkan bahagian atas gelas utk membentuk kelopak bunga.
  • Warnakan dgn menggunakan water colour.
  • Keringkan.
  • Tebuk tepi gelas utk diletakkan pipe cleaner sbg pemegang bakul.
Angah dan adik bersama menyiapkan kraf.

7 comments:

  1. saya suka la kraf papercup flower basket tu..simple tp cantik.mesti cuba!

    mahani, biasanya berapa minit setiap sesi homeschool anak2 ye? seronok tgk mereka khusyuk belajar.

    cabaran saya ialah anak hiper saya la...kena lebih kreatif, sabar dan sesinya harus pendek2 :-)

    ReplyDelete
  2. Sbnrnya saya ajar anak2 sama jugak sprt awak. Saya biasanya tak mengambil masa yg panjang utk setiap sesi sbb selalunya saya ikut mood anak2. bila dia kata nak stop...lebih baik saya stop. kalau dipaksa jugak, lps tu susah utk saya ajak dia belajar semula. lps bagi dia rehat kejap, kami akan sambung balik dgn aktiviti yg lain pula. biasanya dgn aktiviti kraf mcm ni dptlah saya tarik minat mereka utk terus belajar.

    ReplyDelete
  3. 1 Utk Phonics: Teka Silang Kata Kelopak
    http://www.typophile.com/node/51401
    http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
    http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
    http://typophile.com/files/K-flower.pdf
    2. Utk Jawi: Digital Jawi Khattat:
    http://typophile.com/node/48495
    http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
    http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
    http://typophile.com/node/19348
    http://typophile.com/files/Naskh%20Aziz_0.pdf
    http://www.typophile.com/node/58330
    http://www.ejawi.net/v3/download/kbjawiv3.1.1.zip
    ----------------------------------------------
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

    ReplyDelete
  4. salam.... tahniah pun kak mahani.... saya bagi 5 bintang.... saya seorang guru... tapi saya tak mampu menjadi guru untuk anak2 saya seperti kak mahani... mudah2an dengan menjenguk di blog ni akan beri kekuatan untuk saya bersama anak2....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sarimah,
    terima kasih. Saya sendiri pun masih byk kekurangan. Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan dan semangat olehNya demi anak2 :)

    ReplyDelete
  6. Sukanya blog akak ni.. Saya pun tgh nak merangkak buat home school untuk anak umur 4 tahun dan satu tahun.. Cuma sy ni cepat mengantuk klu boring.. Mngkin sbb sy pregnant ank ketiga.. Jadi sy akan cuba juga untuk ajar anak di rumah.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas informasi kegiatan homeschoolnya. Sangat bermanfaat untuk saya yang juga punya dua anak berhomeschool di Jakarta.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails