September 15, 2010

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum & salam aidilfitri buat semua. Alhamdulillah, nampaknya tahun ni kami sekeluarga mmg beraya sakan. Dari hari pertama hingga hari ketiga Syawal, kami sekeluarga beraya dgn menziarahi rumah saudara mara & sahabat handai. Dan pada hari raya ke4, kami pula yang menerima kunjungan tetamu di 'open house' kami. Dptlah mama jumpa kawan2 yg dah lama mama tak jumpa. Badan ni mmg penat sgt tapi hati terasa cukup gembira sbb dpt lepaskan rindu pd kawan2 yg entah bila pulak dpt bertemu kembali.
Setelah hampir 2 minggu bercuti, aktiviti homeschool kami dimulakan semula hari ni. Kalau diikutkan hati tu mmg nak cuti lagi. Penat beraya tu pun tak hilang lagi. Tapi tak bolehlah cuti lama2 sgt sbb takut nantikan berkarat pulak..he..he..
Sebagai permulaan utk hari ini, anak2 cuma belajar sekejap je pagi tadi. Along sempat siapkan latihan matematik, angah pula teruskan dgn bacaan Intermediete Level Book 6 Progressive Phonics dan adik pula dgn aktiviti mengira dan mengenal nombor menggunakan bahan yg tlh mama sediakan sblm ni.
InsyaAllah utk minggu ni anak2 akan belajar dan beraktiviti menggunakan bahan2 sedia ada dulu sbb sekarang ni mama sedang menyusun semula jadual dan cuba siapkan semua bahan2 yang akan digunakan utk aktiviti homeschool minggu depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails