September 7, 2010

Persiapan raya!

Minggu ni nampaknya kenalah cuti aktiviti homeschool. Sebabnya...tentunya sibuk dgn persiapan raya.
Tahun ni mama sibuk buat biskut raya. Sebenarnya ini adalah permintaan dari anak2. Dah lama sbnrnya mama tak buat biskut ni. Last sekali mama buat masa mama tengah sarat mengandungkan along ...9 thn yg lalu. emmm, dah lama tu. Bila dah lama tak buat, terasa malas jugak masa nak mulakan tu. Tapi bila fikirkan anak2 yg tengah excited nak sambut raya ni...mama buat la jugak. Sambil buat biskut tu boleh jugak anak2 belajar.

Sama-sama mengayak tepung ^_^

Tengah gentel biskut almond london. (tinggal along dgn adik je, angah dah cabut lari he..he..)

Adik cukup suka sbb dia kata macam main playdough ^O^


Alhamdulillah, dpt jugak kami siapkan 5 jenis biskut...biskut almond london, biskut cornflake, biskut samprit dan biskut kelapa. Satu lagi tu tak tahu nama apa sbb ada lebihan doh biskut almond london yg tak cukup badam. Mama buat saja bulat2, celup coklat dan tabur dgn colour rice. InsyaAllah, kalau sempat mama nak buat kek pulak lepas ni.

Utk rumah pulak, mama tak tukar apa2 pun. Cukup dgn apa yg dah ada skrg ni. Cuma kemas2 apa yg patut.

Ruang tamu sedia ada yg simple saja.

Mungkin ini entri last sebelum menyambut hari raya. Jadi mama nak ambik peluang ni utk mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kpd semua pengunjung blog mama ni. Semoga bergembira di hari raya nanti. Jumpa lagi.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails