October 6, 2010

Letter of the Week : Letter Bb.

Minggu ni, adik telah melakukan beberapa aktiviti untuk belajar mengenal huruf Bb. Angah pun join sekali. Berikut antara aktiviti mereka:
  • Mewarna huruf Bb.
Adik sedang mewarna.

Angah pun join sekali ^-^
  • Lacing activity.
Mama buatkan huruf Bb menggunakan foam sheet dan kemudian tebuk. Selain untuk mengenal huruf, ia juga aktiviti yang bagus untuk fine motor skill.
  • Alphabet Book - Letter Bb.
Bb is for Bumble Bee - mama akan letakkan dalam "Mama HS's : Book of ABC's"

Bahan-bahan yang digunakan:
  • kertas lukisan
  • kertas warna hitam
  • construction paper
  • water colour
  • pipe cleaner
  • gam
  • gunting
  • celofan tape
  • marker
Cara membuatnya:
  • Lukiskan huruf B pada kertas lukisan.
  • Anak-anak warnakan huruf tersebut menggunakan water colour kuning.
  • Keringkan dan kemudian gunting.
  • Tampalkan huruf tersebut pada construction paper.
  • Buatkan bentuk sayap pada kertas warna hitam, gunting dan tampal.
  • Juga guntingkan kertas hitam tersebut panjang-panjang untuk ditampalkan pada huruf B sebagai badan 'bee'.
  • Akhir sekali, letakkan pipe cleaner sebagai antenna.
Angah dan adik sama-sama menyiapkan bumble bee.

Bangga menayangkan hasil kerja mereka ^o^

4 comments:

  1. kak mahani pndailah cr bhn2 utk hs...pipe cleaner n foam sheet tu x biasa jumpa pun....di mana n brapa rm ye??

    ReplyDelete
  2. foam sheet tu saya beli kat kedai buku Popular- 10 keping RM5.90 dan pipe cleaner tu pun merata tempat jugak pegi cari. last2 jumpa kat kedai WS Handicraft..tu pun bukan yg plastik. 1 paket ada 100 harga RM3.90.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan, saya Fetra student UTHM duduk kat Parit Raja, Johor. Saya pun mencari2 kedai yg jual pipe cleaner tu sebab anak saya hobby dengan craft tangan ni.
    Kalau boleh saya minta tolong untuk membelikan pipe cleaner tu boleh tak? Dah puas saya googling, seluruh Malaysia ni cuma jumpa kat blog puan je. Email saya fetravenny@gmail.com.
    Kalau boleh please let me know (really really hope for), thanx in advance.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails