April 14, 2014

Eksperimen Sains: Warna-warna Pelangi.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tengahari semalam kakak telah belajar tentang warna dan telah pun buat satu eksperimen utk mendapatkan warna2 pelangi. 

Mula2 tu mama kenalkan dulu pada kakak warna2 asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Dan dengan mencampurkan warna2 ini...kita akan dapat semua warna pelangi. Utk bg anak lebih seronok belajar...mama bg kakak buat eksperimen utk lihat sendiri perubahan warna yg berlaku apabila kita mencampurkan warna2 asas tadi.

Ni bahan2 yg kami gunakan utk eksperimen kali ni:
~ pewarna makanan: Biru, Merah dan Kuning.
~ susu UHT
~ sabun pencuci pinggan
~ pinggan.

Caranya:
Mula2 kakak tuangkan susu ke dalam pinggan.

Lepas tu titikkan pewarna biru dlm 3 titik.

Jarakkan sedikit utk titikkan pewarna merah.

Dan seterusnya titikkan pewarna kuning...juga jarakkan sedikit.

Lepas tu titikkan sabun pencuci kat tengah-tengah 3 pewarna tadi.

Dan ini lah yg dapat diperhatikan selepas sabun dititik.
Apa yg berlaku??
Sabun pencuci ni tidak dapat bercampur dengan susu. Sebaliknya, ia terapung di atas dan merebak ke atas permukaan. Ketika ia merebak, dia grab pewarna makanan yang kita telah titikkan ke dlm susu tu tadi. Dan bila warna itu bertemu, mereka bergabung untuk membentuk warna baru: 

MERAH + KUNING = OREN
MERAH + BIRU = UNGU
BIRU + KUNING = HIJAU


Kat bawah ni mama ada letak video yg mama rakam semasa eksperimen ni. Bulihlah tgk video ni utk lihat hasil eksperimen ni dgn lebih jelas. 


3 comments:

  1. salam..

    nanti boleh balik ajar anak kita ni...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Iera,
      Cuba lah buat ngan anak2. InsyaAllah anak pasti suka ;)

      Delete
  2. Salam...Sis bli kat mane ye pewarna mknn jnis titis ni? Tq... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails