April 15, 2014

Kraf Kipas Tangan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni rasanya kebykan anak2 perempuan ni cukup suka dgn cerita 'Sofia the First' dan 'Frozen' tu...termasuklah kakak dan adik ni. Bulih dikatakan tiap2 hari mesti diorang tengok cerita tu. Pastu siap lakonkan balik adegan2 dlm cerita tu...siap hafal diolog lagi. 

Dalam cerita Sofia tu ada tunjuk Sofia dan Amber guna kipas tangan....pastu kakak pun teringin la jgk kipas cam tu. Smlm masa gi KB Mall try jgk cari kipas gitu tapi x jumpa. Tak nak kecewakan kakak...mama ajak kakak buat sendiri kipas tangan tu. Bukannya susah sgt pun nak buat...lagipun semua bahan utk buat kipas tu dah ada dlm craft tool box mama ni.

Ni bahan utk buat kipas tangan tu:
~ kertas A4 2 helai.
~ Wood stick
~ Gam (adhesive latex)
~ salotap
~ pensil dan pensil warna.

Mula-mula tu mama bagi kakak lukiskan apa2 gambar/corak kat kertas.
Adik Aisyah tu tgh duk posing dgn kipas tangan dia yg mama buatkan dulu utk tunjukkan cara buat kipas tu kat kakak.

Kakak sedang khusyuk melukis. Adik aisyah pun sibuk nak melukis jugak..

Lepas siap lukis tu bulihlah lipat utk jadikan kipas. Kakak gunakan 2 helai kertas...jd sambungkan dulu sebelum lipat tu.

Bila dah siap lipat tu...satukan hujung tu dengan salotap. Lepas tu bulihlah letakkan stick kayu tu kat tepi kedua2 belah kipas tu. Letak dulu gam kat stick tu...

Pastu terus lekatkan...

Taraaa...dah pun siap kipas tangan kakak. Cantikkk!! (^o^)

Kakak yg happy dan puashati dgn hasil tangannya sendiri. Alhamdulillah (^_^)





2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails