April 16, 2014

Jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua lg. Hari ni along dan angah balik awal sikit dari sekolah sbb aktiviti ko-kurikulum kat sekolah dibatalkan. Jadi mama bulihlah rehat awal sikit hari ni. Kalu tak biasanya masa ni mama kena keluar gi ambik anak. Hari ni semuanya dah settle awal...anak2 dah siap mandi, makan dan sembahyang. Skrg ni anak2 tgh duk berehat sambil tgk tv. Jd mama ambik peluang yg ada ni utk update blog. Hari ni nak update cerita yg dah basi jugak...hihi. Cerita kami jalan2 ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semasa cuti Tahun Baru Cina 1 Febuari baru2 ni. Ini merupakan kunjungan kali kedua kami sekeluarga ke sana. Kali pertama dulu pd Febuari 2010. Masa tu kami hanya berlima...adik Aisyah takde lg masa tu. Anak2 yg lain pun kecik2 je lg. Bulih tgk cerita kami 4 thn yg lepas tu kat sini (^0^)

Ni gambar kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Pukul 9 pagi kami dah keluar rumah. Otw ke Terengganu tu kami singgah sekejap di Melor utk sarapan nasi kerabu daging bakar. (^-^)

Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat yg di tuju tu dlm pukul 1 tengahari.

Bergambar dulu sebelum masuk ke dlm Taman Tamadun Islam tu.

Anak2 semua dah tak sabar dah nak masuk dlm tu...

Kalu 4 th lepas, kami seluarga menggunakan buggy utk melawat sekitar taman ni. Kali ni kami naik tram plk utk melawat monumen2 yg ada kat situ. Gambar2 monumen di situ mama x dpt nak upload kat sini sbb semua gambar tu ada dlm telefon along...


Panas terik masa ni...

Berhenti rehat sekejap sebelum keluar sambil menikmati ais krim.

Kami singgah makan kat Bbeteng Restaurant kat tepi sungai sebelum pegi sembahyang kat Masjid Kristal.


Bergambar berlatarbelakangkan masjid Kristal.

Bersama buah hati mama...hihi (^0^). Kami bertolak balik ke KB slps solat Asar kat Masjid Kristal tu. InsyaAllah kalu ada peluang kami akan datang lg ke sini sbb anak2 suka sgt tempat ni.

Kat bawah ni gambar mama dan anak2 kat Taman Tamadun Islam ni 4 thn lepas. Sekejap je rasa masa tu berlalu...


2 comments:

  1. Saya baru sampai sekali jer kat situ... bilalah nak gi lagi

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Mama, Su pun teringin nak jejak kaki ke sana tapi belum ada rezeki lagi, anyway terima kasih sebab share banyak homeschooling kat blog...:))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails