April 4, 2014

Program Lawatan Berbelanja Secara Bijak.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali. Pejam celik pejam celik...hari ni dah habis minggu pertama persekolahan slps cuti pertengahan penggal 1. Dan dah hampir sebulan juga mama tinggalkan blog ni tak berupdate walaupun ada banyak cerita dan aktiviti yang mama nak kongsikan kat sini. Bila dah ada banyak ni jd tak tau pulak nak cerita yang mana dulu (macam la byk sgt...hihi)

Sekarang ni jam dah pun pukul 1 pagi...tapi mata belum lagi mengantuk. Jadi masa ada peluang ni mama nak update blog ni dgn cerita2 yang dah agak basi ni...hihi. Ok...kita cerita satu2 dulu yer ;). Mungkin cerita ni tak ikut urutan tarikh sbb malam ni mama teruja nak update dulu pasal aktiviti kakak sebagaimana terujanya kakak dgn penyertaan dia dlm program yg disertainya sebelum sekolah start cuti pertengahan penggal 1 baru2 ni.

Sebenarnya kakak telah  dijemput oleh kawan mama Puan Rohani Mat Ali...pemilik Tadika Elitis Pintar utk sama2 menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Pasaraya Tesco Kota Bharu pada 20 Mac lepas. Seronok sgt kakak bila tahu dia akan join program ni sbb ini lah peluang utk dia dpt pengalaman belajar dalam suasana baru dan bertemu kawan2 baru.

Pagi2 lagi kakak dah bersiap utk ke tadika tersebut...ecxited sgt sampai malam tu pun tak lena tidur...hihi

Ni mama copy tentatif program tersebut dari page Tadika Elitis Pintar:

Bersempena dengan Tema pembelajaran " Di Pusat Membeli Belah"...Kelab Keusahawanan TEP dengan kerjasama pihak TESCO akan mengadakan Program Lawatan Berbelanja Secara Bijak".

Tentatif Program adalah seperti berikut :

8.00 pagi : Berkumpul di TEP
8.30 pagi : Bertolak ke TESCO
9.30 pagi : Pertandingan mewarna anjuran Pihak Tesco
bertemakan " Pray For MH370"
( Pihak Tesco menyediakan hadiah berupa voucher
tunai kepada pemenang)
10.30 : Acara membeli belah ( Pelajar akan mencari barang2
yang hendak dibeli dan membayar sendiri dikaunter
bayaran dengan bantuan dan pengawasan oleh guru2
TEP)

11.30 : Makan tengah hari di Burger King.
12.30 : Bertolak balik ke TEP

OK...skrg jom layan gambar2 kanak-kanak riang ni sepanjang program tersebut. Gambar ihsan dari Kak Rohani:














Menyanyi riang dalam kereta ketika perjalanan pulang ke tadika.

Alhamdulillah...program hari tu berjalan lancar. Kakak juga dapat sesuaikan dari dengan guru dan kawan2 baru tu. Sebenarnya kalau bab bersosial ni mama tak risau sangat kakak ni sebab dia memang dari kecil jenis yang peramah dan bukannya pemalu...gi mana2 pun sekejap je dah dapat kawan baru (^O^). 

Ribuan terima kasih mama ucapkan pada kak Rohani atas jemputan dan ingatannya pada kakak Balqis. Semoga akan dpt dapat menyertai lagi program2 lain anjuran tadika beliau. 

OK...tu saje cerita pasal kakak utk malam ni. InsyaAllah besok mama update story lain plk (^_-)
Good night!

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails