April 10, 2014

Chef Cilik di Dapur.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Semalam mama tak sempat nak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan. Hari ni mama luangkan masa kejap sebelum masuk dapur nak masak utk makan malam ni plk. Sebenarnya mama ni bukannya dapat masak tiap2 hari...selalu jugak kami makan kat luar kalu time tak sempat masak...ataupun time mama ditiup angin 'M'...hihi. Tapi anak2 dan papa lebih suka makan masakan rumah...mungkin air tangan mama ni lagi sedap dari kat kedai tu...itu dah semestinya la kan...hihi.

Dua tiga hari ni cuaca kat sini panas. Kalu tghari tu duduk dalam rumah pun rasa panas sgt...tambah2  bila duduk rumah teres ni...bukannya angin dapat masuk.  

Ni gambar semalam. Anak2 belajar kat depan pintu masuk sbb kat dalam panas. Kalu duk kat sini dpt jugak rasa angin luar. 

Semalam takde aktiviti kraf utk anak2. Tapi Mama bagi kakak dan adik aktiviti kat dapur...asah skill diorang memasak. Anak perempuan kenalah pandai masak kan?

Mama minta kakak dan adik buatkan cupcake coklat...mama lebih byk bg anak2 buat sendiri. Mama cuma tolong masukkan adunan tu dlm cup dan kukuskan je. Bila mama bagi anak2 buat sendiri macam ni diorang rasa happy sgt. Mungkin sbb mereka rasa diri mereka tu dah besar bila semuanya diorang bolih buat sendiri. Sbnrnya cara begini jgk bagus utk kita tingkatkan self-confident anak2.


Adik pun dah makin pandai...takdela sepah2 sangat tepung time dia kacau tu. Sbnrnya dari kecik lg mmg dia suka sgt tolong kacau2 tepung ni. Kalu dulu confirm habis bersepah ke luar tepung2 tu...hihi

Smlm jgk kakak mintak nak pecahkan sendiri telur. Sblm ni dia x penah buat. Cubaan pertama kakak x menjadi. Bila dah try buat ni barulah dia tahu cmn caranya nak pecahkan telur...mula2 tu dia ingatkan mudah je. Dah cuba baru dia tahu... Kalu x kena cara mmg berkecai kulit telur tu...hihi.

Ni lah hasilnya Cupcake Coklat...hasil tangan kakak dan adik (^_^)

Ni resepi cupcake coklat ni:

Bahan2:
2 cawan gandum
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (mama guna minyak masak jea...)
1 cawan air panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya senang saja. Campurkan dan kacau semua bahan sampai sebati. Kemudian masukkan ke dalam cup ataupun loyang. Boleh dibakar ataupun kukus. Mama lebih suka kukus saja.


Sebenarnya aktiviti memasak ni mmg bagus utk anak2. Macam2 diorang boleh belajar. Of course dapat belajar masak...pastu masa nak masak tu dapatlah mama ajar kemahiran2 lain sprt utk motor skill anak semasa diorang memukul adunan, menguli, mencanai, memotong sayur2. Dapat belajar menyukat dan menimbang bahan2. Dan masa ni jugak mama dapat ajar anak2 utk saling bekerjasama dan tolong menolong utk menyiapkan kerja...

Ni antara gambar2 aktiviti anak2 di dapur.

Kakak dan angah belajar menyukat bahan2 berpandukan resepi yang mama sediakan. Mama jugak bagi anak2 cuba sendiri menggunakan peralatan memasak kat dapur ni.


Kakak dan adik tolong mama memotong sayur...ni antara yg paling diorang suka buat kat dapur ni. Gambar atas (kanan) tu mama bg diorang lebihan doh masa buat donut...bagi diorang main2 macam playdough tu. Gambar bawah (kanan) tu plk masa diorang tolong mama buat kek coklat jgk. Masa ni adik kecik lagi...mama bg dia duduk atas meja je sbb dia nak tolong jgk kacau tepung tu...hihi

Gambar ni pulak masa kakak dan along sama2 buatkan donut. Doh donut tu kakak uli menggunakan food processor. Lepas siap uli tu mama bagi anak2 terapkan bentuk donut tu. Mama cuma tolong gorengkan je. Mama dah pernah post entry aktiviti ni kat sini.

Aisyah ni suka main air. Time dia nak main air kat sink tu mama bagi lah dia cuci pinggan ke..apa2 bekas ke...bulihlah jugak dia belajar  cuci2 ni (^_-)


2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails