Sedar tak sedar usia perkahwinanku sudah hampir 10 tahun. Hampir 10 tahun aku mengharungi susah senang hidup bersama suami dan anak2. Seingat aku belum pernah sekali pun suami menyusahkan aku. Hinggakan apabila aku membuat keputusan utk berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kpd keluarga juga disokong olehnya 100%. Terima kasih abang. Bukan tidak ada yg kurang bersetuju dgn keputusan aku ini dan seringkali juga aku merasakan terlalu rendah diri apabila berada bersama kawan2 hatta adik beradikku sendiri dgn berstatuskan 'surirumah'. Namun suamiku sentiasa memberikan dorongan dan semangat utk aku teruskan niat murni ini. Tidak rugi segulung ijazah yang dipegang walaupun aku tidak makan gaji. Bukannya aku tidak meghargai jasa kedua orang tuaku yg membanting tulang memerah keringat mencari rezeki bg menyekolahkan aku. Tapi pada pendapat aku tidak semestinya jasa mereka itu dibalas dgn wang ringgit setiap bulan (semestinya bukan itu yg mereka harapkan). Kepada anak2 akan ku curahkan segala ilmu yg dipelajari , Insya-Allah.
Kini tumpuan aku sepenuhnya kepada keluarga. Mengurus rumahtangga dan mendidik anak2 sebaik mungkin. Cuma kadang2 mungkin disebabkan stress (alasan) aku lupa matlamat asal aku memilih utk menjadi surirumah sepenuh masa. Selain Allah, tiada tempat utk aku mengadu selain suamiku. Terima kasih abang kerana sabar dgn perangai Nie.
Mendidik anak2 memang banyak cabarannya. Kalau tak sabar...haru jadinya. Kalau dulu aku rasa aku memang kurang sabar. Darah muda katakan (skrg. pun apa kurangnye) he...he..Tapi suami byk mengajar dan membimbing aku. Kalu nak dibandingkan aku dgn suami memanglah dia tu lebih penyabar. Dgn. anak2 memang dia jarang marah. Tapi kalau sekali dia marah mmg kecut budak2 ni.
Walaupun hidup kami skrng ni sederhana saja, tapi aku lebih senang begini. Harapnya kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Insya-Allah.
Salah post comment lak tadi.terpost ke post selepas nya...hehe..
ReplyDelete