Dari semalam lagi angah nak buat octopus. Mama janji dgn angah nak buat hari ni. Malam tadi dia buat katak dgn papa dia. Mama tengok contoh kat dlm internet. Lepas tu suruh dia buat dgn papa. Hasilnya, emm...boleh tahan.
Dan hari ni lepas siap kemas rumah, mama dan angah terus start home school dgn aktiviti craft. Janji kena tunaikan. Tekun sekali angah buat octopus tu. Mama tolong guntingkan kertas je. Lepas tu semuanya dia buat sendiri. Ehh...comelnya octopus angah nih. Dgn bangganya dia duk tayang hasil kraf dia tu.
Tekunnya angah dok buat octopus. Adik pulak tumpang posing.
Dgn. bangganya angah tayang octopus dia.
Skrg ni kalau time nak ajar angah mesti adik pun sibuk tumpang sekaki. Jadi mama pun ajar sekali lah adik pun. Mama start dgn buku 1 Bacalah Anakku. Ajar kat dia bunyi a dulu. Setakat ni dia nak ikut apa yg mama sebut. Kalau angah dulu mama start ajar masa umur 3 stgh tahun. Tapi adik ni mama start ajar awal2 lagi. Bulan depan adik baru cukup 2 thn. Harap2nya adik lg cepat dpt membaca. Insya-allah.
Budak2 ni kalau kita nak ajar kena tahu cara dan kena tahu apa yg dia suka. Macam angah, kalau mama nak ajar dia, mama kena ajak dia slow2. Mulakan aktiviti home school dgn benda yg dia nak buat dulu. Tak boleh ikut kita. Lepas tu baru dia nak ikut apa yg kita ajar. Kalau nak ajar membaca pula tak boleh guna buku saja. Angah cepat boring. Jadi mama buatkan jugak flash card utk digunakan bersama buku. Alhamdulillah, setakat ni banyak yg angah belajar. Kalau tak ada apa2...kalau angah rajin mungkin bulan depan angah boleh habis buku 8 Bacalah Anakku. Nombor pun angah dan boleh sebut dan tulis sampai 100 (in English). Begitu juga colour, shape dan minggu ni mama start ajar Iqra'.
Sebenarnya mama ada satu masalah utk mengajar angah. Angah ni sbnrnya pelat sikit kalau cakap. Huruf s dia sebut sy, k dia sebut t. Contohnya kalau saya akan jadi syaya, buku jadi butu. Tapi skrg ni huruf k tu dah betul dah sebutannya slps mama cuba betulkannya. Itu pun ambik masa jugak. Masalah angah skrg ni dgn huruf s saja. Mama pun tak tahu lagi mcmn nak betulkan. Org asyik duk cakap mungkin mama yg duk ajuk angah cakap cam tu. Sbnrnya mama tak pernah pun ikut atau ajar angah cakap cam tu. Ia jadi dgn sendiri. Tapi mama takkan putus asa. Mama akan terus ajar angah utk sebut dgn betul. Insya-Allah, angah boleh buat.
No comments:
Post a Comment