February 25, 2010

Rasa rendah diri...bagaimana nak atasi.

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar.
Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu.
Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri.
Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Apakah tiada cara untuk mengatasi perasaan ini?
Sebenarnya ia bergantung kepada cara kita melihat kehidupan kita. Jika kita tergolong kedalam golongan insan yang suka melihat luaran sesuatu perkara, kita akan mudah merasa rendah diri dengan keadaan kita. Ini kerana kita melihat sesuatu pada luarannya semata-mata.
Jika dihayati betul-betul kita akan mampu melihat mutiara yang tersembunyi dalam kerjaya yang dianggap remeh tersebut. Ketika itu kita akan bersyukur diatas kurniaan Allah swt kepada kita.
Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan tersebut. Yang utama ialah bagaimana kita menilai diri sendiri. Jika kita meletakkan nilai yang tinggi untuk diri kita, insya Allah kita tidak akan berasa rendah diri dengan kedudukan kita sebagai surirumah.
Kemudian kita mencari jawapan kepada persoalan:
"Apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam hidup kita?"
"Mengapa kita memilih untuk berada dirumah?"
" Apakah usaha yang boleh aku lakukan dari rumah?"
Surirumah adalah insan yang sanggup mengorbankan kehebatan diri sendiri untuk melahirkan insan yang lebih hebat. Bayangkan anak-anak yang kita didik sendiri berbeza dengan anak-anak yang diletakkan dalam jagaan orang lain. Suatu hari anak-anak kita akan mampu menjadi insan yang lebih hebat dalam hidup mereka. Itulah kejayaan sejati surirumah.
Jika kita ada kemahiran lain, kembangkan ia dalam bentuk tersusun agar kita mampu memberi manfaat kepada orang lain disekeliling kita. Bila kita mampu memanfaatkan ilmu yang kita ada, masyarakat akan nampak perbezaan antara surirumah terpelajar dengan surirumah yang tak berpelajaran. Itulah yang sepatutnya difikirkan oleh setiap surirumah terpelajar.
Belajarlah untuk memekakkan telinga daripada kata-kata yang boleh melemahkan semangat kita, terutama keluarga terdekat kita.
Sentiasalah berfikir positif serta kuatkan rohani kita, kerana itulah kekuatan sejati Muslim. Berdoalah selalu agar kita mendapat kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab asasi kita.
Ingatlah selalu Allah sentiasa memakbulkan doa-doa seorang Ibu, jadikan DOA sebagai senjata kita. Betapa hebatnya seorang ibu yang ikhlas mendidik anak-anak meniti hidup dalam alam penuh pancaroba ini. Moga kita mampu berjaya menjadi ibu mithali. Amin.

sumber

1 comment:

  1. salam..

    Saya amat men'admire' mak mentua saya.Walaupun dia bukan surirumah yang berpelajaran tinggi, alhamdulillah kesemua anak-anaknya berjaya masuk universiti dan mempunyai karier yang baik.Beliau yang mulanya seorang yang buta huruf, disebabkan zaman kecilnya dia tidak ke sekolah krn menolong ibunya di kebun.Namun dia punyai inisiatif sendiri.Apabila dewasa, dia masuk sekolah dewasa pulak.Alhamdulillah dengan ilmu yang sedikit tersebut anak perempuannya pandai membaca pada usia 4 tahun.So, bagi saya surirumah tak terpelajar ke atau terpelajar itu bukan ukurannya.Yang penting pandai dan rajin dalam mengurus rumah tangga dan pembelajaran anak-anak.Saya sendiri pun masih nak belajar lagi dalam mengurus anak-anak.Terutama dari segi didikan.Semoga kita sama-sama di beri kekuatan dan kecekalan dalam mendidik anak-anak kita.amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails