Anak-anak sememangnya anugerah drp Allah yg tak ternilai. Betapa aku rugi selama ini kerana mensia-siakan masa dan peluang yg di berikan oleh Allah s.w.t utk mendidik dan membentuk anak2 ini dgn sebaik-baiknya.
Haikal merupakan anak sulong (along) yg sememangnya aku rasakan menjadi bahan eksperimen utk aku. Dengan ilmu keibubapaan yg tipis aku cuba mendidik along. Memang aku cuba mempelajari dan mendalami ilmu ini tapi aku lebih banyak mengikut perasaan. Maafkan mama atas segala silap mama selama ini.
Tekanan dan cabaran dlm menguruskan rumahtangga ini mmg tak dapat dinafikan. Lebih2 lagi jika kita sbg surirumah sepenuh masa (hanya mereka yg senasib saja yg memahaminya). Tetapi itu tak sepatutnya dijadikan alasan. Sepatutnya aku merasa bertuah kerana diberikan peluang ini. Juga bertuah kerana dikurniakan suami sebaik suamiku dan anak2 secerdik dan secomel anak2ku.
Dari segi pendidikan along, sememangnya jika difikirkan balik ada juga perasaan menyesal. Menyesal kerana terlalu menekankan pendidikan duniawi sehingga mengabaikan pendidikan agama kepadanya. Pendidikan along sebenarnya bermula usianya seawal 3 tahun dgn menghantarnya ke Farley's Kindergarten (tadika cina) dgn harapan dia dpt menguasai bahasa Inggeris dgn baik. Dia di sana utk 2 thn dan kemudian pindah ke Tadika A1 utk 1 thn. Selama 3 thn dia di tadika aku perhatikan penguasaannya membaca tidaklah begitu baik. Tetapi alhamdulillah, mujurlah along dpt menguasainya sebelum masuk darjah 1 (aku sendiri yg mengajarnya di rumah).
Insya-Allah, utk angah dan adik aku nekad utk mengajarnya sendiri di rumah (home school) kerana setiap perkembangan dan pencapaiannya dapat aku ikuti setiap masa. Dan aku akui cabaran utk usaha aku ini memang ada jadi aku amat mengharapkan sokongan dari semua (lebih2 lagi suamiku).
Akan ku cuba yang terbaik selepas ini. Doakan mama ye!
No comments:
Post a Comment