February 18, 2010

Mari mewarna

Hari ni agak lambat sikit bangun sbb tidur lewat smlm...teman along buat homework. Sambil2 tu cuba tambah ilmu pasal blog nih (baru nak belajar) he..he....Malam sblm tidur tu dah planning nak buat special sikit breakfast hari ni tapi sbb dah lambat breakfast pun macam biasa je la.

Nugget, roti dan scramble egg ngan mayonis (favourite along)

Rasanya dah masuk 2 minggu mama start balik pergi hantar dan ambik papa dari tempat keje. Kesian dia sbb tmpt parking keta ngan office jauh sgt. Tak larat dia nak jln. Jadi pagi2 lagi mama dah keluar rumah. Kami sama2 pegi hantar along sekolah kemudian terus hantar papa. Angah ngan adik pun mama bawak sekali. Kesian jugak ngan adik sbb dia tgh tidur lagi.


Aktiviti home school hari ni juga tidak mengecewakan. Ketiga2 anak mama ambik bahagian. Paginya mama hanya tumpukan kat angah. Hari ni angah sambung baca buku dan buat scrap book for number. Seronok la dia hari2 buat buku tu. Kemudian mama ajar angah memahami 'over and under'. Alhamdulillah angah dah faham dan harap2 dia akan ingat.
Angah tgh belajar 'over and under'
Petangnya along dan angah sama2 buat painting ngan water colour. Adik pun tumpang sekaki. Em..biasalah kalau dah buat ramai2 ni adalah yg berebut sebab berus colournya ada satu saja. Tapi hasilnya agak membanggakan. Angah dan along juga cuba buat eksperimen ngan campuran warna. Dengan aktiviti ni dptlah mereka belajar ttg warna dan juga sikap bertolak ansur.
Adik juga involve sekali aktiviti home school hari ni.
Angah sdg bereksperimen dgn warna-warna
Masing2 tgh tayang hasil kerja mereka. Cantiknye.........
.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails