February 26, 2010

Walaupun hari ni cuti tapi mama tetap laluinya mcm hari biasa sbb papa keje jugak hari ni. Cuma lain sikit sbb along cuti. Jadi riuh rendah lah sikit rumah hari ni. Tapi kalau boleh mama pun nak cuti jugak hari ni. Tak nak buat keje rumah. he...he...tak patut betul. Nak tak nak mama kena jugak buat keje mcm biasa. Lagipun semua ni mmg dah tanggungjawab mama. Walau uzur mcm pun, mama akan tetap tunaikan tggjwb mama sebaik mungkin. Insya-Allah.

Semalam mama tak sempat nak tulis blog nih. Ingatnya nak tulis lps anak2 tidur, tapi masa nak tidurkan adik dgn mama sekali tertidur.

Aktiviti mama smlm mcm biasa. Cuma byk dok layan angah yg asyik mintak mama buatkan craft utk dia. Paginya mintak buatkan tiger. Petangnya pulak mintak buatkan butterfly. Aduh...nak layan anak2 ni mmg kena kita perlu byk sabar. Lagipun anak kecil ni kalau kita ikut kehendaknya (biarlah munasabah) mereka akan mudah mendengar cakap kita dan dgn sendiri mereka akan buat tanpa kita suruh (apa yg mama perhatikan kat anak mama). Macam angah lepas mama buatkan tiger utk dia, terus dia ambik buku dan baca.




Angah dok baca buku cerita sorang2.



Petangnya along & angah buat butterfly mask. Sibuk dok colour mask la tu.


Itu cerita aktiviti semalam (khamis). Dan hari ni pulak mereka bertiga nak buat painting pulak. Jadi mama siapkan water colour dan bagi kertas lukisan seorang 1 helai. Alhamdulillah kali ni mereka buat painting tu tanpa gaduh2. Adik yg selalunya suka kacau tu pun kusyuk duk buat lukisan dia. Dan hasil lukisan tu mama boleh tengok yang anak2 mama ni sememangnya sangat kreatif. :)


Tengah khusyuk siapkan lukisan.

Aktiviti bebas waktu malam bersama papa sementara tunggu nak solat Isyak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails