September 27, 2010

Square Collage.

Untuk aktiviti homeschool semalam, angah dan adik sama-sama telah siapkan kraf 'Square Collage'. Banyak yang dapat anak-anak belajar dalam aktiviti begini. Antaranya:
  • Mengenal bentuk segiempat sama (square)
  • Mengembangkan kemahiran motor halus (fine motor skill) melalui aktiviti menggunting dan menampal.
  • Membentuk kreativiti anak ketika menampalkan kertas berwarna-warni supaya menjadi satu kraf yang menarik.
  • Menyemai semangat bekerjasama antara mereka adik-beradik ketika sama-sama menyiapkan kerja.
Bahan-bahan yang digunakan:
  • Kertas pelbagai warna (boleh gunakan lebihan kertas yang ada dari aktiviti sebelum ini).
  • Gunting.
  • Gam.
  • Bentuk segiempat yang dilukiskan pada sekeping kertas.
Caranya:
  • Minta anak-anak guntingkan kertas warna kecil-kecil (untuk lebih mudah, mama gunting dulu kertas tu panjang2).
  • Kemudian tampalkan kertas yang telah digunting tadi ke dalam bentuk segiempat sama tadi.
Sedang mengunting kertas warna.

Angah dan adik sama-sama meletakkan gam dan menampalkan kertas warna untuk membentuk 'Square Collage'.

Inilah dia hasil kreativiti angah dan adik. Cantikkkk sangat... ^____^

5 comments:

  1. geram la tengok adik. baru 2 tahun dah 'gigih' ber-homeschool. baguss!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, adik mmg sentiasa semangat tiap kali saya bagi aktiviti baru utk dia buat :)

    ReplyDelete
  3. replica bags paypal original site g4o49r4s02 replica bags in china replica bags on amazon replica gucci handbags q8a50j9u01 replica bags supplier address d6u28s0m11 replica gucci bags replica bags in china

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails