October 27, 2011

Aktiviti Homeschool Minggu Ini ~ Angry Bird Theme.

Angry bird oh angry bird! Anak-anak kat rumah sekarang ni tengah gila angry bird. Mama sendiri mula2 tu tak tahu apa benda angry bird nih sampaikan kalau pegi mana2 pun mesti jumpa angry bird. Semuanya bermula bila along duk balik bercerita yg kawan2 kat sekolah semua main angry bird. Lepas tu bila pegi shoping kompleks sana sini duk jumpa dgn angry bird. Dan anak2 skrg ni pun dah ada macam2 angry bird...baju angry bird..pencil case angry bird...wallet angry bird...keychain angry bird...sampai mama pun kadang2 naik menyampah dgn angry bird nih sbb rumah ni pun selalu sgt bersepah time diorang duk buat segala macam kraf angry bird. Sampaikan batu2 kat dlm pasu bunga mama pun dikutip dan diwarnakan utk buat angry bird. Nak marah sgt pun x boleh jugak sbb itu akan menyekat kreativiti anak2. 
Dan minggu lepas time mama duk cari bahan utk aktiviti homeschool ni mama jumpa bahan bertemakan angry bird. Memang suka sgtlah anak2 bila tengok mama print siap2 bahan tu utk diorang belajar. So, sepanjang minggu ni inilah bahan yg mama gunakan utk aktiviti homeschool kami. Kalau ada yg berminat boleh download kat sini. Antara yg anak2 dpt belajar dgn Angry Bird Pack ni ialah:
  • Using number line
  • greater than/less than
  • sorting
  • ordering numbers 1-30
  • colour words
  • sight words
  • matching descriptive sentences
  • rhyming words
  • easy reading


Mama bagi anak2 gunting sendiri bahan2 ni. bagus utk latih skill anak2 menggunting (fine motor skill)

Sedang khusyuk menulis.(trace the colour words)

Dan inilah masa yg ditunggu2 anak2...craft time! Anak2 mama cukup2 minat dgn kraf nih...terutamanya along. Otak dia tu cukup kreatif kalau bab reka cipta nih. Mungkin itulah kelebihan dia sbb kalau nak dibandingkan dgn pencapaian akademik dia tu... along ni xlah tergolong dlm pelajar2 cemerlang. Papa selalu duk ingatkan mama supaya jgn membandingkan anak2 kita dgn orang lain walaupun sesama anak2 kita sendiri sbb masing2 punya kelebihan mereka sendiri. Kita cuma perlu asah bakat anak2 dan bagi guide utk mereka berjaya. 
Ok lah, panjang pulak cerita. So, inilah aktiviti kraf kami minggu ni.  

Angry Birds Paper roll Craft.

Antara bahan2 yg digunakan: paper roll & tempera paste. Kat kertas tu boleh tengok lakaran yg along buat utk siapkan kraf ni.

Ini aktiviti kami ptg smlm. Masing2 sedang sibuk mewarna paper roll. Ambik masa jugak utk siapkan sbb perlu keringkan dulu sblm touch-up muka angry bird tu. Dan bila dah siapkan kraf tu...phewww lega sgt. sbbnya mama dah x tahan nak menjawab soalan anak2...mama!! bila nak buat angry bird nih??? Lagipun  suka sgt bila tengok muka anak2 yg happy je tgk hasil tangan mereka tu ^o^

Adik Aisyah dah nak masuk 3 bulan. Duk berdukung dgn mama sambil tengok along, angah dan kakak sibuk  mewarna. Nanti bila adik besar bolehlah adik join sama :)

October 11, 2011

Paper Plate Girrafe Craft.

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni homeschool kami dimulakan agak lewat sikit. Sementara mama duk settlekan dulu segala urusan mama nih...mama bagi dulu angah dan kakak siapkan latihan dlm workbook masing2.

Gambar yg sempat mama snap ketika kakak sedang asyik mewarna dan angah sedang siapkan latihan sains. Angah dah tak sabar nak habiskan workbook tu sbb dah tak sabar nak buat latihan dlm workbook yg baru pula ^o^

Bila semua dah beres...adik Aisyah pun dah nyenyak tidur dlm buaian dia tu...mama pun mula keluarkan semua bahan2 yg mama dah plan dari semalam utk buat aktiviti kraf bersama2 angah dan kakak. Kalau minggu lepas mama dah bagi aktiviti utk mengenal huruf Gg, jadi hari ni mama teruskan dgn tema Huruf Gg tu. Kali ni kami sama2 siapkan kraf zirafah...Gg is for Girrafe.

Paper plate Girrafe Craft.
Bahan-bahan diperlukan:
  • Paper plate
  • Construction paper
  • Tempera paste
  • Gam
  • Gunting
  • Marker
Cara membuatnya:
  • Lukiskan bentuk telinga dan bentuk oval utk mulut zirafah pada construction paper dan gunting. 
  • Kemudian lekatkan pada paper plate dan tunggu ia kering
  • Warnakan paper plate tadi dgn tempera paste dan biarkan ia kering.
  • Lps tu lekatkan mata dan lukiskan hidung dan mulut zirafah tadi menggunakan marker.

Khusyuk mewarna. 

Dah pun siap!!!

Walaupun kraf zirafah ni dah siap..tapi aktiviti kraf angah dan kakak tak habis2 lagi sampai la skrg ni. Masa mama tengah duk nak posting pasal aktiviti kami hari ni...mereka berdua kat belakang ni skrg ni masih sibuk dgn aktiviti kraf mereka sendiri. Katanya nak buat kraf ikan...nak guna paper plate jugak. Tak nak mereka terus bising, mama bagi je apa yg mereka tu nak. Budak2 ni memang tak tahu penat kan!
mmm...sapa kata tugas surirumah ni mudah...relax. Setiap saat rasa macam duk terkejar2 je masa nak siapkan itu ini. Kalau nak ikutkan tugas mama kat rumah ni memang tak cukup masa nak siapkan semuanya. Walaupun banyak kerja dan kebelakangan ni pulak selalu duk berjaga malam dgn adik Aisyah tapi alhamdulillah...semenjak mama mengambil supplement dari SHAKLEE ni mama rasa badan ni ringan je dan rasa segar time bangun pagi. Lenguh2 badan pun dah kurang... ini bukan cerita rekaan ya! tapi ini adalah apa yg mama sendiri rasa. So, bagi ibu2 atau sapa2 yg sentiasa sibuk dan selalu kepenatan tu... mama syorkan utk anda mencuba vitamin Shaklee ni. Cubalah sendiri utk merasai keberkesanannya. 
Jika berminat bolehlah hubungi mama di email anishaklee@gmail.com ataupun boleh saja sms 019-9637472 dan dapatkan vitamin2 ini hanya pada harga ahli. Utk tahu lebih lanjut ttg vitamin shaklee ni, jemputlah ke kedai online mama anishaklee.blogspot.com

October 3, 2011

Shaklee utk kami sekeluarga.

Sejak melahirkan anak ke4 ni, seringkali mama mengadu dgn papa yg badan ni selalu je penat. Memang penat bila kita baru melahirkan dan pada masa yg sama perlu menjaga dan menguruskan anak2 yg dah besar tuh disamping kerja2 rumah yg lain. Dan ada satu lagi mama perasan lepas bersalin hari tu, kalau mama berjalan kan...tulang pinggul mama ni mesti berbunyi. hehe...kadang2 tu nak tergelak jugak. Tapi bila mama bagitau papa, papa kata mungkin sebab mama kekurangan kalsium. Ye lah..kan skrg ni mama menyusu baby ni. Tambah pulak mama jarang sgt minum susu. Risau jugak kalau betul apa yg papa kata tu. Papa suggestkan kat mama utk carikan apa2 supplement utk mama..utk tampung mana2 zat yg kurang.
Sbnrnya mama dah lama nak cari supplement utk semua ahli keluarga nih. Selain utk mama sendiri...papa juga perlukan supplement sbb penat bekerja. faham2 je lah bila kerja kat kilang Jepun nih. Pressure tu lebih sikit. Dan supplement utk anak pulak penting jugak sbb budak2 tengah membesar ni biasa lah kan. Mereka ni agak lasak jugak dan kalau bab2 makan ni mereka agak memilih terutamanya along. Kalau angah tu kurang sikit cerewetnya tu. Cuma dia ni kalau sekali makan tu cuma dua tiga suap je. Sikit sgt yg dia makan. So, macamana nak membesar dgn sihat kan?
Jadi, cari punya cari kat internet ni mama jumpalah info tentang produk Shaklee. Apa yg membuatkan mama terus tertarik utk mencuba shaklee ini ialah:

  • Vitamin2nya yg sesuai utk seisi keluarga dan semua peringkat umur. 
  • Mama nak cuba set menyusu shaklee tu yg cukup glamour dikalangan ibu2 menyusu ni. Disamping utk menambahkan susu, dgn vitamin ni dpt juga mama meningkatkan kesihatan mama secara menyeluruh.
  • Testimoni2 daripada pengguna2 vitamin shaklee yg berpuashati slps menggunakannya membuatkan mama terus yakin utk mencuba.



Sebagai permulaan, mama order utk anak2  mealshake dan omega guard. 

Meal Shakes

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

                                                                                                                                                                     
  • Merupakan minyak ikan terbaik 
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dll
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan.
Anak2 cukup suka minum mealshake tu sbb rasa dia seakan2 makan aiskrim vanila. Biasanya mama letak 1 sudu dlm air milo anak2 tiap2 pagi. Alhamdulillah, mama perhatikan sejak diberi mealshake ni selera anak2 bertambah. Asyik duk mintak nak makan je. Seronok sgt bila tengok anak2 ni lalu makan walaupun kadang2 tu penat jugak nak melayan nih... Tapi yg tu mama tak kisah sbb mama cuma nak anak2 mama membesar dgn sihat dan mempunyai antibodi yg kuat. So, kalau ada sapa2 yg anak2nya tu kurang selera makan mama syorkan utk mencuba mealshake ni. InsyaAllah... menjadi. Dan omega tu selain utk anak2 mama pun tumpang sekaki sbb ianya bagus utk ibu2 hamil dan ibu yg menyusu. Harap2 adik Aisyah pun dpt kongsi khasiatnya melalui air susu mama nih.



Utk mama pulak mama order Trial Pack Set B iaitu utk ibu2 menyusu (dlm tu ada vitalea/multivitamin, B-complex, vitamin C dan alfalfa), Energizing Soy Protein (ESP) dan juga Ostematrix (kalsium). Yg ni memang bagus sgt. Berikut apa yg mama dpt rasa slps 11 hari menggunakannya:
  • Badan lebih bertenaga. Kebelakangan ni adik Aisyah selalu berjaga malam. Dia mula berjaga time mama nak masuk tidur. Biasanya dia akan tidur paling awal pukul 2 pagi dan ada jugak sampai pukul 5.30 pagi dia berjaga. Mengantuk tu tak yah cakaplah. Dah la kita penat siang hari tu. Tapi sejak mama minum ESP dan makan vitamin shaklee ni mama rasa badan ni ringan je time bangun pagi. Tak de lagi rasa mamai2 walaupun malam tu cuma dpt tidur kejap je. So, dptlah mama buat kerja rumah dan berhomeschool dgn anak2 seperti biasa ^0^
  • Bengkak gusi dan sakit gigi mama hilang. Seronok sgt sbb derita yg mama tanggung sejak dlm pantang hari tu lagi dah pun berakhir. yey...  mula2 sakit hari tu mama dah pegi klinik gigi utk cabut je gigi tu tapi disbbkan gusi bengkak, doktor tak boleh terus cabut. Masa tu doktor bagi dulu antibiotik utk hilangkan bengkak gusi dulu. Tapi bila mama makan antibiotik tu sakit lain pulak yg dtg. Habis badan mama gatal2 sbb elergik ubat tu. So mama stop je ubat tu sbb bimbang antibiotik tu akan bagi effect juga kat adik aisyah sbb dia menyusu badan. Jadi mama duk tahan je la sakit gigi tu dlm sebulan lebih sampailah ia hilang lps mama start makan shaklee ni. Tak sangka jugak supplement yg mama ambik ni dpt hilangkan sakit gigi nih. Lps ni bolehlah mama pegi cabut gigi ni sbb gusi dah x bengkak dah.eeee..seronoknyaaaa...
  • Sblm ni kulit muka mama agak kering. Tapi lepas makan vitamin shaklee ni mama mula perasan yg kulit mama ni rasa lembut je. Dah tak kering lagi. Mungkin kesan vitamin C yg ada dlm set B tu dan juga ESP tu pastinya.
  • Proses penyusuan mama utk adik aisyah juga berjalan lancar. Mama dpt rasakan B mama ni sentiasa penuh. Alhamdulillah, dptlah adik Aisyah menyusu sampai kenyang tiap kali dia menyusu.
Setelah merasai sendiri keberkesanan produk ni, skrg ni mama dah pun sign-up menjadi ahli shaklee sbb lps2 ni mama akan terus menggunakan vitamin shaklee utk keluarga mama, insyaAllah. Dan selain utk kegunaan sendiri, mama juga ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee ni dgn semua kawan2 dan ibu2 di luar sana. Lepas ni kalau ada sapa2 yg berminat utk mencuba produk Shaklee ni dan ingin mendapatkannya pada harga ahli, anda bolehlah menghubungi mama di email anishaklee@gmail.com atau pun sms 019-9637472 utk membuat pesanan. Ataupun anda boleh juga dptkannya sendiri di mana2 branch Shaklee yg berdekatan menggunakan ID mama 858050Bagi yg mempunyai kekangan kewangan, anda boleh mendptkannya dlm bentuk trial pek melalui mama ya! 
Utk info lebih lanjut mengenai produk shaklee ni, jemputlah melawat blog Kedai Shaklee mama kat sini ya! Jgn malu2...kalau ada apa2 boleh contact mama....

Walaubagaimanapun semua tawaran dan pek kecil ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari mama dan jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia. Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami.Harap Maklum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails