Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

November 10, 2010

BacaanKu: Iqra' 5 - Motivasi Utk Angah.

Dah seminggu lebih mama tak posting aktiviti anak2 kat sini. Dlm minggu ni mmg aktiviti agak slow sikit. Along tak sihat dan kebetulan pula orang tua mama ada kat rumah ni. Lagipun bila dah masuk hujung tahun ni, semangat mama pun macam agak kureng sikit...he..he..tak patut betul. Along pun skrg ni dah pun habis final exam. Jadi mama pun kalau boleh rasa macam nak rileks dulu barang seminggu dua...release tension jugak...he...he...
Walaupun mama nak bercuti, kalau boleh mama akan cuba jugak adakan apa2 aktiviti bersama anak2 selain aktiviti wajib kami setiap hari iaitu read aloud dan membaca Al-Quran & Iqra'. InsyaAllah.
Minggu lepas angah dah pun masuk Buku 5 Iqra'. Alhamdulillah, lega sgt2 bila angah habis buku 4 tu sbb mama rasa dah lama sgt angah duk baca buku 4 tu. Angah ni kadang2 tu dia bersemangat sgt nak baca Iqra' ni...dan selalu jugak la dia buat perangai tak nak baca time mama nak ajar Iqra' ni. Tu yg lambat sgt habis tu. Mungkin dia dah jemu kot...mmm...entahlah...
Utk tarik minat angah tu, mama cuba guna carta kat bawah ni skrg ni.

Carta utk memberi motivasi pada angah.

Mama tlh buatkan carta utk Buku 5 Iqra' yg mengandungi 32 mukasurat. Cara utk gunakannya ialah angah akan warnakan nombor mukasurat yg angah tlh baca dgn lancar. Jadi dgn carta ni angah boleh nampak byk mana yg angah dah baca dan byk mana lagi yg angah perlu baca utk habiskan Buku 5 ni.
Harap2nya slps ni angah akan lebih bersemangat utk belajar Iqra'.

Skrg ni angah dah pun lancar sehingga mukasurat 5. Alhamdulillah.

February 25, 2010

Rasa rendah diri...bagaimana nak atasi.

Sepanjang bergaul dengan surirumah pelbagai keluhan yang saya dengar, terutamanya perasaan rendah diri. Malah ada surirumah menyalahkan berada dirumah sebagai sebab dia tidak mampu menyusun jadual harian beliau. Inilah dilema surirumah terpelajar.
Bayangkan apabila kita melihat wanita-wanita lain diluar, kita melihat segala kelebihan yang mereka perolehi hasil gaji mereka sedangkan kita berada dirumah, bergantung sepenuhnya kepada pemberian suami. Kemudian kita melihat berapa banyak pakaian dan perhiasan yang mereka ada, selalu berganti sedangkan surirumah terpaksa berfikir panjang sebelum meminta dibeli sesuatu.
Kemudian bila berkumpul dalam majlis, kita akan ditanya apakah kerjaya kita, apakah pencapaian kita? Ketika itu datang lagi perasaan rendah diri tersebut. Memang jika nak dihitung terlalu banyak suasana yang menyebabkan surirumah sepenuh masa merasa rendah diri.
Malah perasaan ini jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Apakah tiada cara untuk mengatasi perasaan ini?
Sebenarnya ia bergantung kepada cara kita melihat kehidupan kita. Jika kita tergolong kedalam golongan insan yang suka melihat luaran sesuatu perkara, kita akan mudah merasa rendah diri dengan keadaan kita. Ini kerana kita melihat sesuatu pada luarannya semata-mata.
Jika dihayati betul-betul kita akan mampu melihat mutiara yang tersembunyi dalam kerjaya yang dianggap remeh tersebut. Ketika itu kita akan bersyukur diatas kurniaan Allah swt kepada kita.
Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan tersebut. Yang utama ialah bagaimana kita menilai diri sendiri. Jika kita meletakkan nilai yang tinggi untuk diri kita, insya Allah kita tidak akan berasa rendah diri dengan kedudukan kita sebagai surirumah.
Kemudian kita mencari jawapan kepada persoalan:
"Apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam hidup kita?"
"Mengapa kita memilih untuk berada dirumah?"
" Apakah usaha yang boleh aku lakukan dari rumah?"
Surirumah adalah insan yang sanggup mengorbankan kehebatan diri sendiri untuk melahirkan insan yang lebih hebat. Bayangkan anak-anak yang kita didik sendiri berbeza dengan anak-anak yang diletakkan dalam jagaan orang lain. Suatu hari anak-anak kita akan mampu menjadi insan yang lebih hebat dalam hidup mereka. Itulah kejayaan sejati surirumah.
Jika kita ada kemahiran lain, kembangkan ia dalam bentuk tersusun agar kita mampu memberi manfaat kepada orang lain disekeliling kita. Bila kita mampu memanfaatkan ilmu yang kita ada, masyarakat akan nampak perbezaan antara surirumah terpelajar dengan surirumah yang tak berpelajaran. Itulah yang sepatutnya difikirkan oleh setiap surirumah terpelajar.
Belajarlah untuk memekakkan telinga daripada kata-kata yang boleh melemahkan semangat kita, terutama keluarga terdekat kita.
Sentiasalah berfikir positif serta kuatkan rohani kita, kerana itulah kekuatan sejati Muslim. Berdoalah selalu agar kita mendapat kekuatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab asasi kita.
Ingatlah selalu Allah sentiasa memakbulkan doa-doa seorang Ibu, jadikan DOA sebagai senjata kita. Betapa hebatnya seorang ibu yang ikhlas mendidik anak-anak meniti hidup dalam alam penuh pancaroba ini. Moga kita mampu berjaya menjadi ibu mithali. Amin.

sumber

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails