Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

May 1, 2010

Happy Birthday Papa !

Hari ni genaplah umur papa 36 tahun. Selamat hari jadi papa! Moga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Mama dan anak2 sentiasa mendoakan papa. We all always love U.
Dari minggu lepas lagi anak2 duk mengira2 hari jadi papa. Dan petang semalam, sambil2 berehat hujung minggu (tapi papa kerja hari jumaat) mama bagi mereka bertiga buat something utk papa. Jadi masing2 sibuklah dgn projek mereka. Katanya nak buat kad tapi lain pulak jadinya. Tapi takpelah asalkan ada tanda ingatan mereka utk papa.

Melukis dan mewarna dgn water colour.

Lukisan yg dah siap. Lukisan along (kiri), angah (tengah) dan lukisan adik (kanan).


Sebenarnya papa dah bawak kami celebrate birhtday malam tadi. Balik je dari kerja pukul 8.30 mlm terus pegi KB Mall. Kat sini mmg tempat favourite kami sekeluarga pergi lepak2.


Makan di Restoran A&W.

February 16, 2010

Cuti sambil belajar

Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia

Semalam merupakan hari yang paling menyeronokkan bagi anak2. Semasa perjalanan balik hgg pagi ni entah berapa kali mereka suarakan keseronokan mereka. Puas hati kami bawak budak2 ni berjalan2 kali ni sampaikan hubby pun terpaksa sambung cuti hari ni sbb demam.
Pagi2 lagi kami mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kami bawak budak2 ni ke Taman Tamadun Islam. Bolehlah kami tunjukkan binaan masjid dan sejarah pembinaannya kat mereka. Di sini terdapat 21 buah masjid dari 20 buah negara. Antaranya MasjidilHaram yang terdapat di Mekah, Masjid Mohamed Ali di Egypt dan banyak lagi.


mama dan anak-anak



sewa buggy ngan driver utk pusing taman
Dan utk aktiviti home school hari ni mama minta along dan angah lukis dan ceritakan apa yg mereka lihat kat sana semalam.

Lukisan along

Lukisan angah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails