Showing posts with label eksperimen. Show all posts
Showing posts with label eksperimen. Show all posts

April 14, 2014

Eksperimen Sains: Warna-warna Pelangi.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tengahari semalam kakak telah belajar tentang warna dan telah pun buat satu eksperimen utk mendapatkan warna2 pelangi. 

Mula2 tu mama kenalkan dulu pada kakak warna2 asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Dan dengan mencampurkan warna2 ini...kita akan dapat semua warna pelangi. Utk bg anak lebih seronok belajar...mama bg kakak buat eksperimen utk lihat sendiri perubahan warna yg berlaku apabila kita mencampurkan warna2 asas tadi.

Ni bahan2 yg kami gunakan utk eksperimen kali ni:
~ pewarna makanan: Biru, Merah dan Kuning.
~ susu UHT
~ sabun pencuci pinggan
~ pinggan.

Caranya:
Mula2 kakak tuangkan susu ke dalam pinggan.

Lepas tu titikkan pewarna biru dlm 3 titik.

Jarakkan sedikit utk titikkan pewarna merah.

Dan seterusnya titikkan pewarna kuning...juga jarakkan sedikit.

Lepas tu titikkan sabun pencuci kat tengah-tengah 3 pewarna tadi.

Dan ini lah yg dapat diperhatikan selepas sabun dititik.
Apa yg berlaku??
Sabun pencuci ni tidak dapat bercampur dengan susu. Sebaliknya, ia terapung di atas dan merebak ke atas permukaan. Ketika ia merebak, dia grab pewarna makanan yang kita telah titikkan ke dlm susu tu tadi. Dan bila warna itu bertemu, mereka bergabung untuk membentuk warna baru: 

MERAH + KUNING = OREN
MERAH + BIRU = UNGU
BIRU + KUNING = HIJAU


Kat bawah ni mama ada letak video yg mama rakam semasa eksperimen ni. Bulihlah tgk video ni utk lihat hasil eksperimen ni dgn lebih jelas. 


July 29, 2010

Sink or Float Experiment.

Minggu ni utk subjek Science, angah tlh belajar topik 'Sink or Float'.
Utk topik ni, kami sama2 (adik ikut sekali) buat satu eksperimen utk menguji mana objek yg tenggelam dan mana yg timbul.

Tujuan eksperimen:
Memberi peluang utk angah bereksperimen dan explore dgn objek2 dr jenis2 yg berbeza utk melihat samada ia tenggelam ataupun timbul.

Langkah-langkah:
  • Sediakan material utk eksperimen sprt:
  1. Sink or float activity sheet.
  2. Sebekas air.
  3. Beberapa objek dari jenis yg berbeza.
Objek2 yg dipilih utk diuji.


Sink or Float Activity Sheet.
Click di sini utk download.

  • Angah lukiskan objek yg akan diuji dlm aktivity sheet tadi.
Khusyuk melukis.
  • Sebelum memulakan eksperimen, mama minta angah teka dulu samada objek yg akan diuji itu akan tenggelam ataupun timbul. Ini adalah satu cara mama utk galakkan angah berfikir. Bagi mama, utk level angah skrg ni mama tak perlu jelaskan dgn terperinci kenapa objek tu tenggelam ataupun timbul. Skrg ni angah meneka dgn melihat kpd fizikal objek tersebut dan melihat samada objek itu berat atau ringan.
  • Slps tu barulah angah masukkan objek tadi ke dalam bekas air satu persatu dan lihat hasilnya samada tekaannya tu betul ataupun salah.
Menguji satu persatu.
  • Catatkan hasil eksperimen dlm activity sheet tadi.

Hasil eksperimen kami kali ini.

Slps eksperimen ni, angah tlh teruskan dgn membuat latihan dlm buku latihan berkaitan dgn topik ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails