Showing posts with label arabic. Show all posts
Showing posts with label arabic. Show all posts

August 23, 2010

Farm Theme : Flashcards & File Folder Game.

Alhamdulillah, aktiviti homeschool kami masih diteruskan dgn tema 'Farm'.
Selain bahasa melayu dan english, mama juga turut kenalkan nama2 binatang ternakan pada anak2 dalam bahasa arab dan Jepun. Mama ajar dgn menggunakan flashcard yg mama sediakan ni.

Japanese & Arabic farm animals flash card.



Dan ini pula adalah bahan yg mama sediakan utk membuat 'Farm Animal File folder Game'.

Kami dah pun siapkan file folder tu semalam dan hari ni mama nak kongsikan aktiviti kami semasa menyiapkan file folder game ni.

Sedang mewarna gambar 'Farm'.

Angah sedang menggunting dan menampal gambar ke dlm file folder.

Inilah hasilnya 'Farm Animal File folder Game'.
1) Bhgn dlm file folder.
2) Bhgn depan - mama letakkan gambar yg angah warnakan tadi.
3) Kad nama binatang - mama sediakan dlm 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, english, Japanese dan Arabic utk dipadankan dgn gambar2 binatang di dlm file folder.

Along sedang cuba padankan nama2 binatang dlm bahasa Arab.

Angah padankan nama2 binatang dlm bahasa Inggeris.

Ini pula aktiviti adik semalam.
Sbb tak nak bagi adik ganggu kerja angah, mama bagi adik gunting dan tampalkan gambar 'farm' yg tlh adik warnakan pd manila kad.

June 30, 2010

Number, colour & shape in Arabic.

Minggu lepas mama dah mula ajar angah mengira 1-10 dlm bahasa Arab. Alhamdulillah, skrg ni angah dah boleh mengira dan dah kenal nombor2 arab tu.
Dan minggu ni angah mula belajar menulis nombor2 tersebut dalam Arabic number worksheet yg mama print kat sini. Angah juga masih teruskan dgn latihan menulis huruf2 bahasa arab dlm buku latihan.

Buku latihan Bahasa Arab.

Selain menggunakan number flip book, mama juga tlh buat Arabic Number Poster utk dilekatkan pada dinding homeschool room kami. Skrg ni, sambil main2 pun angah boleh belajar mengira dgn melihat pd poster tersebut. Alhamdulillah, adik pun dah boleh menyebut wahid sampai Khamsatun sbb selalu duk ikut angah mengira.

Arabic Number Poster.

Mama juga telah siapkan beberapa teaching tool baru utk ajar angah belajar mengenal bentuk dan warna dlm bahasa Arab. Mama print bahan2 ni kat sini. Kemudian laminate supaya tahan lama. Dan mama letakkan flash card tersebut pada ring.
Minggu ni mama kenalkan dulu dgn bentuk Qalb (heart), Murabba' (square) dan daairah (circle).

Colour Flash Card.

Shape Flash Card.

Arabic shape and colour poster.

June 20, 2010

Jom Belajar Bahasa Arab!

Sekarang ni angah dah mengenal huruf2 arab dan berlatih menulis huruf2 tersebut dlm buku latihan. Dan pelajaran seterusnya adalah mengenal nombor arab dan sebutannya. Sebagai permulaan, mama kenalkan dulu dgn nombor 1-10.

Arabic Number Flip book.

Mama gunakan teaching tool ni utk ajar angah mengenal nombor arab ni. Bahannya mama dapat kat sini. Mama print dan kemudian laminate supaya tahan lama. Lps tu punch out holes utk diletakkan ring. Jadi ke mana2 pun angah boleh bawak flip book ni utk belajar.

Mama juga tlh pelbagaikan cara pengajaran dgn menggunakan flip book ni.
  • Mula2 mama kenalkan dulu nombor2 arab tersebut.
  • Ajar sebutan nombor2 dlm bahasa arab.
  • Mama letakkan sebutan nombor arab pd flip book tu secara rawak dan angah akan match dgn nombornya.
Latihan utk counting and recognize arabic number.
  • Mama juga gunakan kad2 pada flip book ni utk aktiviti di atas. Angah akan matchkan arabic number dgn modern number sambil mengira menggunakan apple tool.

Alhamdulillah, angah mudah menerima apa yg diajar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails