Pejam celik pejam celik, hari ni cukup sepuluh tahun mama dan papa melayari alam rumahtangga. Walaupun sudah sedekad, tapi mama rasakan hubungan ini masih lagi baru...masih lagi dlm proses mengenali dan memahami papa.
Sebenarnya mama dan papa ni kawin bukannya atas pilihan sendiri. Tapi orang tua yang aturkan. Mungkin ada yg terkejut sbb mama hanya kenal papa melalui gambar dan seminggu sblm akad nikah barulah mama dpt jumpa dgn papa sbb masa tu papa masih lagi belajar kat Jepun. Kami bertunang selama 6 bulan dan dalam tempoh tu kami ada jugak berhubung melalui email dan telefon. Kiranya kami ni bercinta spls kawin dan alhamdulillah kami bahagia sehingga kini.
Syukur kpd Allah atas kurniaan ini.....seorang suami yang paling baik dan paling sempurna di mata mama. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Kenangan semasa honeymoon di Tokyo Disneyland.