Showing posts with label dinosaur. Show all posts
Showing posts with label dinosaur. Show all posts

November 21, 2010

Letter of the Week: Dd is for Daisy.

Kembali dgn aktiviti homeschool setelah puas mama 'bercuti'. Lama2 sgt cuti tak boleh jugak...nanti berkarat (^_-). Walupun sekolah dah start cuti, tapi kalau boleh mama nak teruskan jugak aktiviti homeschool dgn anak2...InsyaAllah. Mungkin kami akan lebih kpd aktiviti kraf sbb skrg ni mama sedang cuba kemaskini sylibus dan bahan2 mengajar utk angah tahun depan. InsyaAllah, mama akan teruskan mengajar sendiri angah di rumah tahun depan sebelum angah masuk darjah 1 pada 2012.

Semalam angah dah pun terima langganan majalah Aulad utk bulan Disember. Jadi angah telah gunakannya utk aktiviti hari ni dan dah pun siapkan beberapa latihan kat dlm tu. Utk along pulak, mama bagi along buat latihan penulisan BM. Lepas tu, along & angah ikut sama dgn aktiviti adik untuk mengenal huruf iaitu huruf Dd.
  • Activities for recognition & fine motor skill.
Sedang mewarna templete Dd yg mama print kat sini.

Menggunting dan menampal huruf Dd pada construction paper utk aktiviti seterusnya.
Hasil kreativiti along, angah & adik (ade rupa daisy tak???)

Sbnrnya kami cuba membentuk daisy dgn menggunakan botol air dan penutupnya. Caranya, celupkan bahagian bawah botol ke dlm water colour putih dan penutup botol dlm water colour kuning. Kemudian tekapkan pada kertas utk membentuk daisy. Kalau tengokkan hasilnya tu tak sprt yg mama harapkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan anak2 enjoy dgn aktiviti kali ni.



Angah sedang membentuk dinosour's foot print dgn mencelupkan kaki dinosour ke dlm lebihan water colour tadi dan menekapkannya pada kertas. Asalnya mama nak mereka buatkan Dd is for Dragon. Tapi dgn idea angah, jadilah Dd is for Dinosour's Foot Print (^___^)

p/s:
Mama akan teruskan juga niat mama utk homeschoolkan angah tahun depan dgn sokongan penuh dari papa walaupun ramai yg tak berapa setuju dgn keputusan mama ni. Mama akan cuba buktikan yg mama mampu buat dan angah juga akan dpt belajar sama sprt mereka yg belajar kat sekolah. Mungkin lebih baik lagi. InsyaAllah. Doakan mama ya!

April 17, 2010

Aktiviti homeschool 11-15 April

Tema utk minggu ni adalah letter D dan Dinosaur.
Dimulakan dgn bacaan doa.
Kelas selalunya berjalan mengikut mood anak2. Tak boleh paksa2. Kesannya menyebabkan anak tak berminat utk terus belajar lepas tu.
Setiap hari juga mama sentiasa adakan sesi read aloud. Bahan bacaan pula selalunya angah dan adik yg pilih. Selalu juga dua ni bergaduh berebut buku mana yg mereka nak mama bacakan. Kenalah byk sabar kalau kes mcm ni berlaku. Antara story yg mama bacakan minggu ni adalah 'A Dragonfly on the Pond' sesuai dgn tema minggu ni iaitu D for dragonfly.

'A Dragonfly in the Pond'
ANGAH
Reading
Minggu ni angah belajar phonic utk word families ig. Mama print booklet di sini. Angah belajar phonic kat starfall dan slps tu sambung dgn latihan yg mama download kat situ.


Utk bahasa Melayu pula, angah dah semakin lancar membaca dan masih teruskan dgn latihan dlm buku latihan minggu lepas.

Math.
Utk minggu ni angah byk dan suka buat latihan matematik. Sebabnya mama tlh buatkan macam2 cara utk aktiviti ni. Antaranya:

Counting and match number word eleven to twenty.


Mama print card ni di sini. Di sbbkan mama takde mesin laminate jadi mama cuma cut dan paste di manila kad supaya tahan lama. Dgn kad ni, angah akan kira jumlah gigi dinosaur tu dan letakkan klip kertas pada number word yg betul.

Mula2nya angah buat latihan dgn worksheet yg mama print yg dah siap dgn soalan. Tapi mama fikir cara ni agak membazirkan kertas. Jadi mama fikirkan satu idea dan dpt cara seperti kat bawah ni.

Cara baru ni mmg berjaya menarik minat angah yg mmg dah sedia tertarik dgn white board dan marker pen. Mama tlh print worksheet kosong. Sepatutnya ia dilaminatekan. Tapi mama tlh beli pocket file dan letakkan w/s kat dlm file tu dan gunakan whiteboard marker pen. Seterusnya angah akan buat latihan tambah dgn memilih nombor drp kad yg mama terbalikkan dan mengira dgn menggunakan klip kertas. Cara ni mmg menjimatkan kerana w/s tu boleh digunakan berulang kali.

Fine motor skill.

ABC dot to dor page for dinosaur. Print kat sini.

Lacing letter D card.


Dino lacing card. Byk idea mama dpt kat sini.

Khusyuk dok gunting dinosaur.


Inilah hasilnya dinosaur angah.

Fun & craft.

D for Dragon

Seronok mewarna menggunakan water colour.

Inilah hasilnya. Clothes pin stegosaurus. Idea ni dpt kat sini.

Scavenger Hunt. Angah dan adik sama2 mencari barang2 mainan mereka yg bermula dgn letter D.

Lapbook. Life cycle of dragonfly.

Science.

Minggu ni angah belajar life cycle of dragonfly dan life cycle of dinosaur.

Life cycle of dinosaur. Belajar dgn menggunakan flash card.

Iqra'.
Seperti yg mama bagitau sblm ni, angah ni sebenarnya agak pelat sikit. Utk iqra' minggu ni angah belajar bacaan panjang dan pendek. Mama tengok angah agak susah sikit utk ikut. Angah dah kenal bhgn mana yg perlu panjang dan pendek. Cuma bila nak baca tu, angah tak boleh baca dgn betul. Nampaknya mama kena usaha lagi, begitu jugak angah. Mama akan cuba cari jalan utk atasi masalah ni. Insya-Allah.
Mama akan lekatkan hasil kerja angah kat board nih.
ADIK

Selalunya mama akan bagi kat adik kertas dan pensil. Adik akan conteng2 apa saja.

Belajar mengira dan mengenal nombor.




Sekarang ni semua benda adik nak buat sendiri.

Tolong mama buat air teh.


Tolong mama sidai baju.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails