Showing posts with label elephant.. Show all posts
Showing posts with label elephant.. Show all posts

April 19, 2011

Elephant's Craft.

Masih lagi dengan tema 'Elephant'. Kali ni adalah aktiviti angah dan adik menyiapkan kraf gajah. Disebabkan anak2 minat sgt dgn aktiviti kraf ni jadi mama sediakan bahan utk 2 kraf gajah. Satunya mereka dah siapkan hari Ahad lepas dan satu lagi baru siap sebentar tadi.
  • Elephant Paper Bag Puppet Craft.
Template utk kraf ni mama download di sini.

Mama print black and white template. Jadi angah dan adik perlu warnakan dulu. Kali ni mereka pilih utk gunakan water colour.

Keringkan dulu sebelum gunting template tersebut.

Kemudian tampalkan pada paper bag utk dijadikan sbg puppet.

Dah pun siap. Seronok sgt angah dan adik bila tengok hasilnya ^o^
  • Elephant Paper Roll Craft.
 
Bahan2 yg digunakan utk kraf ni. Template ni mama download di sini.

Sedang mengunting template tadi. Adik nak buat semuanya sendiri. Tapi mama tolong jugak gunting part yg susah tu ^o^

Inilah hasilnya kraf angah dan adik hari ini.

Walaupun penat layan anak2 dgn aktiviti2 kali ni...tapi mama puas hati bila tengok anak2 gembira ^o^

April 17, 2011

Letter of the Week ~ Ee is for Elephant.

Malam ni semua anak-anak tidur awal dari biasa. Jadi ada peluang utk mama update aktiviti adik dan angah kat rumah ni. Bermula minggu lepas angah dan adik telah sama2 belajar utk mengenal huruf Ee. Ada beberapa aktiviti yg mama telah rancang utk mereka berdua. 

Berikut adalah aktiviti angah dan adik sehingga hari ni:
  • Lacing activity.
Aktiviti ni menggunakan templete Ee yg mama download kat sini dan kemudian laminate dan tebuk. Aktiviti begini bagus utk fine motor skill. Dgn tool ini juga  mama dpt gunakan utk mengajar adik mengenal huruf Ee.

  • Alphabet Book ~ Ee is for elephant.
Ee is for Elephant ~ mama akan letakkan dlm " Mama HS's : Book of ABC's "


Proses menyiapkannya...bermula dengan mewarna templete Ee yg mama download kat sini. Kemudian gunting dan tampal pada construction paper. Lepas tu gunting kertas untuk membentuk belalai dan telinga dan tampalkan pada huruf E tersebut utk membentuk seperti gajah. 
  • Alphabet Tree ~ Letter Ee.
Angah sedang menampal huruf Ee pada Alphabet Tree.
  • Activities for Fine Motor Skill and Reading Skill.
What Begins With E mini book. Mama download di sini utk bacaan angah.


Elephant Emergent Reader. Mama download bahan ni kat sini


Gambar2 yg sempat mama rakam ketika angah dan adik menyiapkan Elephant Emergent Reader. Ia melibatkan aktiviti mewarna dan menggunting. Lepas siap angah dpt gunakannya utk practice reading.

Aktiviti kali ni memang banyak melibatkan aktiviti mewarna. Sekarang ni adik sedang mewarna poster 'elephant' yg mama download kat sini. Mama suka sgt tengok gambar ni...mmg inilah stail adik kalau dia tengah khusyuk...muncung je mulut dia tu... ^o^

Nota mama : Esok along exam bulan April. Mama doakan semoga along dpt menjawap soalan dgn baik. Sbnrnya mama risaukan satu benda je dgn along ni...tiap kali exam mesti adaaaa je jawapan dia yg silap hanya kerana cuai... terutamanya utk kertas matematik. Apapun cuba yg terbaik ye long...Good luck. 


April 23, 2010

Aktiviti Homeschool 18-22 April

Tema utk minggu ini adalah letter E dan Elephant.
Memandangkan minggu ni anak2 kurang sihat, so aktiviti homeschool juga agak slow sikit. Tiap2 pagi Angah tetap bersemangat nak masuk kelas. Jadi minggu ni kami bertiga lebih byk beraktiviti dgn projek kraf. We all have a fun learning.

Mula belajar menggunakan kalendar baru.

ANGAH

Reading and writing.
Minggu ni mama bagi angah ulang2 baca booklet yg mama print bg word families at, an, ap, am, ot dan ig. Dan minggu ni mama ajar word families op. Mama masih teruskan pengajaran phonics dgn menggunakan flash card dan juga dgn mggunakan Starfall. Lepas tu angah teruskan dgn latihan yg mama download kat starfall.

Semalam sambil2 mama dok mencari bahan, mama jumpa http://www.progressivephonics.com/~suzettew/. Bolehlah mama gunakan utk ajar angah.

Math
Angah masih lagi teruskan dgn latihan addition. Alhamdulillah skrg ni mama tgk angah dah betul2 faham konsep tambah dan Insya-Allah minggu depan mama akan start ajar angah subtraction.


Science.
Minggu ni mama recycle buku science along masa tadika dulu. Lagipun buku ni masih elok lagi. Dan minggu ni angah belajar Living and Non-Living Thing.

Fine motor skill.

Memantapkan lagi skill menggunakan gunting.


Lacing letter E card.


Fun & Craft.

Cut and paste Elephant craft.


Seronok mewarna dgn water colour. Semangat nak buat elephant menggunakan paper plate. Idea ni mama dpt kat sini.


Inilah hasilnya. Cantik.......


Ini cover 1, 2, 3 to the zoo Lapbook.

Inside. Counting with animal. Resource dpt kat sini.


Iqra' & Agama Islam.
Alhamdulillah angah dah semakin lancar dan dpt perbetulkan bacaan pjg dan pendek.
Skrg ni angah juga dah tahu cara2 mengambil wuduk dan juga turut bersama2 mengerjakan solat jemaah. Secara tidak langsung, angah juga turut belajar ttg solat 5 waktu.
ADIK
Motor skill.

Lacing letter E card.

Writing practice with curve line.


Colour matching.

Counting menggunakan lapbook.


Main masak-masak. Dua2 ni suka sgt main dgn brg2 mama walaupun dah ada cooking set mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails