Showing posts with label calender. Show all posts
Showing posts with label calender. Show all posts

May 6, 2011

Our New Homeschool Room.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak mama siapkan kerja mama mengemas bilik belajar kami dan organize semula susun atur semua peralatan dan bahan2 mengajar (teaching tool). Terasa lega sgt sbb dgn suasana baru ni dapat memberikan mood baru kepada mama dan juga anak2 utk meneruskan rutin harian dgn aktiviti homeschool kami. Ada sedikit perubahan dari yg sebelum ni.

Dah lama mama duk idamkan rak macam ni. Akhirnya tercapai juga impian mama. Dengan rak ni mama dapat susun semua bahan2 mengajar dan peralatan2 utk aktiviti kraf anak2 di satu tempat. Sekarang ni semuanya nampak lebih tersusun dan lebih mudah utk anak2 ambik dan simpan balik di tempat asal. Di bahagian atas rak tu, mama susun bekas2 plastik yg mama gunakan utk simpan teaching tools yg telah mama sediakan. Setiap bekas tu mama labelkan mengikut kategori masing2 (boleh tgk sini). Sekarang ni juga mama telah gunakan semula sistem workbox utk homeschool kami. Mama sediakan 2 workbox. Satu utk angah yg berwarna hijau dan utk adik yg berwarna ungu. Jadi pagi2 atau malam sebelumnya mama akan letak siap2 kat dalam box tu bahan2 dan buku2 yg akan mama gunakan utk mengajar anak2 pada hari tersebut. Manakala kotak merah kat atas workbox tu pula adalah tempat mama letakkan semua lapbook dan file folder game yg telah kami sama2 buat sebelum ni.

Ini satu lagi benda baru kat dalam bilik ni iaitu meja belajar utk anak2. Sebelum ni kami duk guna meja lipat jepun tu je. Jadi kalau time nak mengajar tu mama kenalah duduk bersila. Tapi dgn keadaan mama sekarang ni rasa macam dah tak larat sgt nak duduk bangun macam dulu. Tu yg duk bodek2 papa nakkan meja baru tu. Alhamdulillah, rezeki anak2 bulan ni. Dpt jugak mama tumpang sekaki ;). Sekarang ni dptlah kami belajar dgn lebih selesa...meja pun takde lagi duk goyang2 macam dulu. 

Ini pulak meja study along dan juga meja komputer (merangkap meja kerja mama). Dalam rak sebelah kiri tu mama susunkan bahan2 bacaan anak2 manakala di bhgn atas rak sebelah kanan tu pula mama letakkan bahan2 yg telah mama print siap2 utk mengajar lepas ni. 

Buletin board utk mama letakkan hasil aktiviti anak2 dan juga kalendar.

Mama buatkan kalendar yg baru utk gantikan kalendar yg telah kami gunakan sejak tahun lepas (boleh tgk sini). Utk yg baru ni mama buatkan poket utk setiap hari (sunday~saturday) dan mama buatkan 'star' bertanda today, yesterday & tomorrow yg dilaminatekan. Jadi setiap pagi semasa calendar time angah akan letakkan bintang2 tersebut ke dlm poket yg betul dan meletakkan kad nombor utk tarikh hari tersebut. 

Angah dan adik sedang tekun belajar :)

July 12, 2010

Ramadhan Count Down with Colourful Caterpillar Craft.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Insya-Allah, semoga dipanjangkan usia dan dptlah kita sama2 menunaikan ibadat puasa. Anak2 pun kalau kita sebut tak lama lagi kita nak puasa, mulalah diorang tanya...lambat lagi ke nak puasa?....bila kita nak puasa?...kenapa kena puasa?...macam2 lagilah soalan.
Utk bagi angah lebih jelas berapa lama lagi kita akan puasa, mama dpt idea utk sama2 count down dgn anak2. Mama takkan gunakan kalendar tapi mama akan gunakan caterpillar craft yg kami tlh buat sama2 tadi.


Materials:
  • kertas warna-warni.
  • Marker pen.
  • Stapler.
  • Sticker.
Instructions:
  • Cut about 30 strips of paper ( sbb lagi 30 hari kita akan puasa)
  • Tuliskan nombor 1-30 pada paper strip tadi dgn menggunakan marker pen.
  • Bentukkan paper strip pertama bentuk ring kemudian satukan dgn stapler.
  • Sisipkan satu lagi paper strip ke dlm ring tadi dan bentukkan ring.
  • Ulangi langkah tadi sehingga habis kesemua strip .
  • Utk lebih menarik, letakkan sticker pada setiap ring.
Proses membuat 'colourful caterpillar craft'.

Mama sengaja menggunakan kertas dlm pelbagai warna sbb selain utk count down, mama juga boleh gunakannya utk ajar adik mengenal warna. Ia juga dpt digunakan utk angah belajar mengira nombor secara 'count back'.

Mama gantungkan pada calendar bulletin board.

Insya-Allah, bermula esok kami akan gunakan caterpillar craft ni setiap pagi semasa homeschool's calendar time. Caranya, apabila lps satu hari kami akan bukak satu ring. Dan begitulah seterusnya. Apabila melihat pada ring dan nombor yg semakin kurang, maknanya ramadan semakin dekat. Dgn cara ni, mama harap anak2 akan dpt sama2 rasai kedatangan bulan Ramadhan yg semakin hampir.

July 3, 2010

Days of the week.

Setiap hari kami memulakan homeschool dgn rutin kami iaitu dgn bacaan doa agar diterangkan hati dan dipermudahkan penerimaan ilmu yg disampaikan. Kemudian mama akan mulakan dgn calendar activity. Kami akan sama2 discuss "what today is, what yesterday was and what tomorrow will be". Semua ni adalah utk mengajar angah ttg hari, esok, kelmarin, bulan dan tarikh utk hari tersebut. Boleh tengok kat sini teaching tool yg mama gunakan utk calendar activity ni.
Dan hari Khamis lepas, mama tlh print beberapa worksheet utk ajar angah belajar mengeja dan menulis nama hari tersebut. Antaranya:
  • Trace word days of the week. Mama print di First School.
  • Days of the week - word Scramble
  • Days of the week - put the days in order. ( print kat sini )
Mama juga telah sediakan flash card nama2 hari ni dlm bahasa melayu dan English. Antara aktiviti menggunakan flash card ni adalah put the days in order dan juga padankan nama hari dlm bahasa melayu dgn English.

Flash Card.

Days of the week's activity.

Put the days in order.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails