بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum masuk tido mama nak update cerita anak2 la dulu. Malam ni mama update aktiviti kakak dan adik semalam. InsyaAllah besok mama update aktiviti kakak ptg tadi plk.
Skrg ni mama dah jarang sgt print out worksheet dari internet dan buat sendiri teaching tool utk anak2 belajar. Selalu duk recycle guna teaching tool lama dan beli buku2 kerja. Pagi semalam mama ada masa free...jadi sempat suft internet dan cari bahan2 baru utk anak belajar. Happy sgt kakak bila masuk bilik belajar pagi tu dan tgk mama duk siap2 bahan2 ni. Tambah semangat dia belajar..alhamdulillah.
InsyaAllah bermula minggu ni mama akan start bg aktiviti mengenal huruf dan nombor utk adik macam mama ajarkan angah dan kakak dulu. Dan mama akan bukak file baru utk simpan hasil aktiviti dan kraf adik mcm yg mama dah buat sebelum ni utk kakak dan angah.
Minggu ni adik belajar mengenal huruf Aa. Aa is for Apple.
Apple tree colouring worksheet ni mama download kat sini. Selain utk mengenal huruf Aa, aktiviti ni utk melatih kemahiran adik mewarna (fine motor skill). Alhamdulillah...adik dah agak mahir control tangan dia memegang pensil warna tu...masa adik colour buah epal tu pun nmpk cantik je...
Lacing activity...bagus utk fine motor skill. Apple lacing card ni mama download kat sini. Print, laminate dan kemudian tebuk.
Mama buatkan jugak satu lacing card ni utk kakak...baru lah tak berebut...hihi
Kemudian lepas tu adik sambung belajar mengira. Mama ajar 1-3 dulu. Tunjukkan nombor pada kad utk adik kenal...kemudian kira bilangan dot tu. Pastu letakkan clothpin pada kad mengikut bilangan dot tu. Teaching tool ni mama lupa plk download dari mana sbb dah lama buat.