Showing posts with label time. Show all posts
Showing posts with label time. Show all posts

April 25, 2011

Clock Puzzle ~ printable

Bulan Febuari lepas angah dah pun belajar topik 'time' utk subjek Matematik (boleh tengok sini &  sini ). Alhamdulillah, angah dah pun tahu tengok jam. Tapi angah hanya mahir utk tengok jam genap sprt pukul 7...pukul 8 ...etc. Juga bila jarum pjg tu berada di no6. Angah akan sebut half past 7...half past 8...etc. Tapi angah tak berapa mahir lagi utk menyebut minit bila jarum panjang berada pada nombor selain no6.
Jadi minggu ni mama mengulang balik topik ni dan fokuskan mengajar angah utk menyebut minit apabila melihat jarum panjang berada pada nombor-nombor tertentu. Sprt sblm ni mama minta angah utk terus membuat latihan 'counting by 5's' sbb dgn cara ni akan memudahkan angah menyebut minit apabila melihat pada jarum panjang jam. Dan utk lebih menarik minat angah, mama telah gunakan clock puzzle utk mengajar kali ni. Sbnrnya clock puzzle ni adalah hasil idea dan usaha papa sbg bahan utk membantu mama mengajar anak2 kali ni (thanks papa). Mama cuma gunting dan laminatekan saja puzzle tersebut. 

Bagi sesiapa yg berminat dgn clock puzzle ni bolehlah download di sini.


Angah ketika belajar 'clock' semalam.

Sambung belajar menggunakan clock puzzle ni hari ni. Alhamdulillah, skrg ni angah dah pun semakin mahir melihat jam ^0^ 

February 11, 2011

Train Time Flip Book.

Sambungan utk topik 'Time' yg angah dah belajar baru2 ni. 
Selain menggunakan teaching tool sebelum ni dan juga latihan2 di dalam workbook, mama juga telah sediakan time flipbook ni utk angah belajar. Mama dapatkan bahan utk flipbook ni kat sini. Selepas print, mama potong dan laminatekan dulu supaya tahan lama. Slps tu, satukan dengan ring. 

Bahagian depan Train Time Flipbook.


Bahagian dalam flipbook ni. 
Terdapat 24 keping kad jam dan kad yg menunjukkan waktu jam tersebut. Mama susun kad2 tersebut secara rawak dan angah perlu padankan jam tersebut dengan waktunya yg betul.


Angah sedang memadankan jam tersebut.

February 3, 2011

Homeschool Angah : Time.

Minggu lepas angah dah mula belajar topik 'Time'. Mula-mula sekali mama ajar dulu angah utk mengenal :
  • jarum saat
  • jarum minit
  • jarum jam
  • mengira nombor jam dan minit ( mama ajar cara utk mengira minit bila jarum minit berada pada nombor2 tertentu dgn cara count by 5's. Alhamdulillah, angah cepat faham sbb sebelum ni mama dah pun ajar angah utk count by 5's (boleh tengok sini).
Ini adalah teaching tool yg mama gunakan utk ajar angah melihat jam.

Time Whiteboard (bhgn depan) dan digunakan bersama whiteboard marker pen.

Time Whiteboard (Bhgn belakang).

Selepas mama ajar, mama cuba uji pula dengan meminta angah melukis jarum jam utk menunjukkan waktu yg mama sebutkan. 

 Seterusnya, angah sambung dengan latihan di dalam workbook pula. 

Minggu ni angah masih lagi teruskan dgn topik ni sbb perlu perbanyakkan lagi latihan supaya lebih cekap mengira jam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails