Showing posts with label recognition. Show all posts
Showing posts with label recognition. Show all posts

April 18, 2014

Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum masuk tido mama nak update cerita anak2 la dulu. Malam ni mama update aktiviti kakak dan adik semalam. InsyaAllah besok mama update aktiviti kakak ptg tadi plk. 

Skrg ni mama dah jarang sgt print out worksheet dari internet dan buat sendiri teaching tool utk anak2 belajar. Selalu duk recycle guna teaching tool lama dan beli buku2 kerja. Pagi semalam mama ada masa free...jadi sempat suft internet dan cari bahan2 baru utk anak belajar. Happy sgt kakak bila masuk bilik belajar pagi tu dan tgk mama duk siap2 bahan2 ni. Tambah semangat dia belajar..alhamdulillah.

InsyaAllah bermula minggu ni mama akan start bg aktiviti mengenal huruf dan nombor utk adik macam mama ajarkan angah dan kakak dulu. Dan mama akan bukak file baru utk simpan hasil aktiviti dan kraf adik mcm yg mama dah buat sebelum ni utk kakak dan angah.


Minggu ni adik belajar mengenal huruf Aa. Aa is for Apple.

Apple tree colouring worksheet ni mama download kat sini. Selain utk mengenal huruf Aa, aktiviti ni utk melatih kemahiran adik mewarna (fine motor skill). Alhamdulillah...adik dah agak mahir control tangan dia memegang pensil warna tu...masa adik colour buah epal tu pun nmpk cantik je... 

Lacing activity...bagus utk fine motor skill. Apple lacing card ni mama download kat sini. Print, laminate dan kemudian tebuk. 

Mama buatkan jugak satu lacing card ni utk kakak...baru lah tak berebut...hihi

Kemudian lepas tu adik sambung belajar mengira. Mama ajar 1-3 dulu. Tunjukkan nombor pada kad utk adik kenal...kemudian kira bilangan dot tu. Pastu letakkan clothpin pada kad mengikut bilangan dot tu. Teaching tool ni mama lupa plk download dari mana sbb dah lama buat.

April 13, 2014

Aktiviti Simple Utk Kenal Huruf.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Ni antara gambar2 adik yg tersimpan dlm album...tak 'terpost' dlm blog ni. Actually ada byk lg aktiviti2 yg mama x update kat sini. Pagi ni mama post aktiviti adik ni dulu.

Ni gambar awal tahun lg ni..pada 23 Januari 2014. Umur adik dlm 2 thn setgh. Masa ni x silapnya kakak tengah duk buat latihan yg mama bagi. Pastu sbb x nak bg adik kacau...mama bg adik main2 dgn foam letter puzzle ni sambil2 dia belajar mengenal huruf.
Mama buka dulu semua letter puzzle tu. Pastu suruh adik match balik letter tu...letak huruf tu kat tempat yg betul.

Masa dia ambik satu huruf tu...mama sebut lah apa nama huruf tu utk bg adik kenal (dah ada beberapa huruf yg adik dah kenal & ingat). Pastu sambil dia duk cari2 mana tempat utk match kan huruf tu..cuba lah ulang2 sebut dan tanya dia apa huruf yg dia pegang tu. Bila kita sentiasa ulang2...insyaAllah anak akan mudah ingat.

Khusyuk je...bila dah ada aktiviti dia ni kakak pun bulih belajar dgn aman...hihi

Bila dia dpt match satu2 huruf tu, mama puji dan tepuk tangan sama2 dia...mmg happy sgtlah adik masa tu. Seronok sgt :)

April 28, 2013

Homeschool Today : Pipe Cleaner & Strainer.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Hari ni pagi2 lagi mama dah siap susun dlm workbox dan tray semua buku2 dan bahan2 utk kakak dan adik belajar hari ni. Alhamdulillah...takde lah mama kelam kabut nak mulakan aktiviti dgn anak2 hari ni. Utk kakak hari ni seperti biasa kakak teruskan dgn belajar membaca BM (Buku Bacalah Anakku) dan BI (Proggresive Phonics dan Flash cards), Math (workbook), Jawi/Iqra' dan sains (workbook). Dan petang ni mama plan nak buat satu lagi kraf ngan anak2...insyaAllah.

Untuk adik pulak hari ni mama sediakan aktiviti baru untuk adik buat. Aktiviti kali ni bagus utk develop fine motor skill anak2.


Aktiviti ni hanya menggunakan:
~ Penapis
~ Pipe cleaner

Terbalikkan penapis tu dan mama minta adik masukkan pipe cleaner ke dlm lubang penapis tu.

Aktiviti yg bagus utk:
  • small muscle development
  • hand eye coordination
  • Belajar mengenal warna ; mama gunakan pipe cleaner pelbagai warna utk kenalkan adik dgn warna. 
  • Belajar mengira ; mama kira sama2 dgn adik jumlah pipe cleaner yg adik dah berjaya masukkan dlm lubang penapis tu. 
Kakak pun join sama aktiviti ni. Skrg ni kakak sedang siapkan 'Spider Craft'...mmm...nmpknya aktiviti ni jugak bagus utk kreativiti anak2 (^_^)

Khusyuk je adik nih...hihi..nanti esok kita main lg yer (^_~)

* Oh ya...kena perhatikan jugak anak2 bila menggunakan pipe cleaner ni sbb dawai kat hujung pipe cleaner tu agak tajam.

April 24, 2013

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali. Tak sedar masa berlalu cukup pantas....hampir 2 bulan lebih mama tinggalkan aktiviti berblog ni. Ramai jugak teman2 bermesej bertanya kabar. Terima kasih byk2 sbb sudi menghubungi mama. Maaf byk2 jugak sbb ada jugak mesej & email yg mama tak sempat balas....huhu...

Sepanjang tempoh mama bercuti blogging ni...macam2 cerita ada. Ada cerita suka dan ada cerita duka. Dalam tempoh ni jugak berlaku insiden yg yg amat2 melukakan hati mama yg membuatkan mama dlm mood sedih yg amat sgt. Alhamdulillah...papa sentiasa bersama2 mama membangkitkan kembali semangat mama dan sentiasa di sisi mama. Tq so much papa. Anak2 juga sumber kekuatan mama. I love u all so much !!!

OK. Tak nak ingat lagi cerita2 sedih tu. Hari ni mama curi2 masa utk update balik story mory yg dah basi nih...hihi. Cerita anak2 utk mama kenang sampai akhir hayat. Tak byk gambar yg mama sempat ambik spjg 2 bulan ni...

ADIK AISYAH:


12 Feb : Adik aisyah yg suka sgt menulis....pantang jumpa pensil, mesti dia nak conteng2. Nasib baik skrg ni dia tak pandai lg conteng dinding...hihi

21 Mac : Adik semakin cekap menggunakan paint brush (^_-)

9 April : masa ni mama sedang sibuk kat dapur...tgk2 adik sibuk duk buat aktiviti sendiri...

cakkk...hihi

KAKAK:
17 Feb : Masa ni kakak belajar tema huruf N. Sedang khusyuk dgn aktiviti 'lacing'

31 Mac : Belajar mengira & mengenal nombor.

Seterusnya letakkan cloth pin pada jawapan yg betul. Aktiviti utk mengira, mengenal nombor & fine motor skill.

6 Mac : Kakak genap umur 5 tahun. Dah besar dah anak dara mama ni...

Kenalah rajin2 tolong mama buat kerja rumah yer...

ANGAH:
21 Feb : Angah menerima hadiah kecemerlangan akademik utk tahun 1....semoga angah dan semua anak2 mama terus mencapai kecemerlangan dlm hidup dunia & akhirat. aminnn...

Tahniah angah...i'm proud with u (^_^)

AKTIVITI PETANG:

27 Feb : Bermain playdough.

21 Mac : Hand print activity.

9 April : Mewarna bersama2...

OUTDOOR ACTIVITY:
13 Feb : Mandi manda bersama sepupu sepapat di taman air Pantai sri Tujuh.

16 Feb : Bawa anak2 ke library...tgh usaha jadikan aktiviti ni rutin mingguan..insyaAllah.

5 April : Kami sekeluarga ke Kuala Terengganu atas urusan keje mama. 

Jantung hati mama....Papa & anak2.

2 malam kami stay kat Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Semestinya anak2 tak lepaskan peluang dgn aktiviti kegemaran diorg...sampai demam2 kakak sbb byk sgt main air...hihi

My handsome boy...Along. Sapa2 yg tengok along ni akan kata dia ni klon mama...muka & perangai sejibik...hihi. Tak byk cerita dan gambar along dlm blog ni sbb skrg ni along sgt2 sibuk dgn aktiviti di sekolah...skrg ni fokus along pada UPSR. Semoga along berjaya dgn cemerlang...insyaAllah. 

January 23, 2013

Fun Learning ~ Counting 11-20

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Kembali mengupdate blog dlm keadaan diri yg tak berapa sihat. Hidung duk sok sek sok sek...selsema. Anak2 pun sama...musim demam agaknya dgn cuaca skrg yg tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Harap2 demam ni tak berpanjangan.

Malam ni mama nak posting aktiviti kakak utk belajar mengira dan mengenal nombor. Dua tiga hari ni kakak banyak bermain dan belajar dgn nombor. Yang buatkan kakak lebih semangat nak belajar ni sebab mama buatkan tool baru utk dia belajar. Tool yang sama jugak seperti yg mama dah buat sebelum ini utk angah (bulih tengok kat sini) Yg sebelum ni mama buatkan utk mengira 1-10. Kali ni utk mengira dan mengenal nombor sehingga 20.

Clothes pin number match 11-20. Mama buatkan jugak utk match nombor 1-10. Yg sebelum ni mama buat sendiri manual. Tapi kali ni nak mudahkan kerja...mama download je kat sini. Lepas tu print dan laminate. Kemudian mama tuliskan nombor pada clothpin tu utk kakak padankan nombor dgn bilangan dot yg betul. 

Kira dulu...

Kemudian padankan dengan nombor yang betul. Aktiviti yg menarik utk anak2 belajar mengira, mengenal nombor serta utk tingkatkan fine motor skill anak2.

Fun learning....tiap2 hari kakak nak belajar dgn tool baru ni (^_~)

January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails