Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

January 27, 2013

My Planner for 2013.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Malam ni mama berpeluang mengupdate blog di malam hari sbb malam ni adik tidur awal sikit. Kalu tak...biasanya pukul 12 lebih barulah dia nak masuk tido. Ada beberapa benda yg mama nak settlekan malam ni sebelum tido...termasuklah nak packing order utk dipos esok. Dan tak lupa jugak mama nak list down kerja2 yg mama nak buat esok dlm notebook a.k.a planner mama. Walaupun mama ni surirumah & hanya duk kat rumah...jgn ingat mama takde kerja tau! Hanya mereka yg bergelar surirumah saje mungkin memahami beban kerja  surirumah kat rumah ni. Tambah2 lagi kalau surirumah itu juga bekerja dari rumah (WAHM).
Sebagai surirumah memang kita selalunya rasa banyak kerja yg nak dibuat dan rasa tak cukup masa je kan? Macamana agaknya teman2 surirumah yg lain mengatur masa di rumah yer? Satu tips yang biasa disyorkan ialah dengan menyediakan jadual mengikut rutin kerja kita. Sebenarnya mama dah biasa jugak buatkan jadual a.k.a to-do-list ni...tapi selalunya on off...huhu. Tambah2 dengan anak2 yg tengah membesar ni...mmg susah jugak kita nak buat ikut apa yg kita nak. Tapi walau macamana pun mama perlu jugak ada jadual untuk manage masa mama kat rumah ni. Samada mama ikut atau tidak apa yg mama listkan tu...itu perkara kedua. Yg penting mama listkan dulu apa yg mama nak buat. Sekurang2nya dengan jadual ni mama akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja dan insyaAllah kerja2 akan dpt dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.  
Kalau sebelum ni mama just tuliskan to-do-list ni pada sekeping kertas atau whiteboard...tapi tahun ni mama nak buat lebih sistematik. Setiap benda walaupun sekecil2 rutin yg mama nak buat mama akan cuba tuliskan dlm planner mama. Lain org lain caranya kan? 
Dan sebab mama ada luang masa sikit malam ni...mama rasa cam nak kongsikan apa yg mama buat dgn kawan2 lain. Mungkin dpt jugak digunakan oleh sesiapa yg berminat.


My Household Notebook...my planner (^_-). 

Skrg ni mmg mudah...segala yg kita perlukan ada kat hujung jari je. Tak perlu susah2 nak create form planning. Mama dapatkan semua bahan dlm internet...print dan compilekan semua dlm notebook ni. 

Kat dlm planner mama tu contains:
Dan utk planning aktiviti homeschool, mama letakkan sekali planning form berikut dlm My Household Notebook tu.

Daily to-do-list.

Yang ni mama laminatekan dan letakkan kat fridge. Tiap2 hari mama tuliskan to-do-list mama dgn white board marker pen. Mama download kat sini dan mama editkan mengikut jadual kerja harian mama...utk kerja rumah, utk homeschool dan utk bisness mama. Azam mama tahun ni untuk buat dgn lebih konsisten dan berdisiplin membuat kerja mengikut jadual...insyaAllah.

Mama ada sertakan sekali link kat mana mama dptkan bahan2 tu...kalau ada yg berminat bulih dptkan kat situ. Tapi jgn lupa editkan dulu mana2 yg tak sesuai utk kita as muslim. Kawan2 bulih juga ke website Organized Home ni...mmg best sangat. Banyak sangat info berguna kat situ utk kita jadikan panduan utk mengorganize masa dan kerja kita kat rumah ni.

Selain merancang masa dan kerja dengan teratur, ruang kerja yang teratur jugak penting utk naikkan semangat mama. InsyaAllah...kalau ada luang masa lagi...lain kali mama akan kongsikan cmn mama menyusun ruang kerja dan bilik homeschool mama sekarang.

January 13, 2013

11 Sifat Ibubapa Cemerlang.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

INFO SHARING

‎11 SIFAT IBU BAPA CEMERLANG
oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

1-Membersihkan hati dan perasaan
2-Membina kebahagiaan secara proaktif

3-Mendidik diri sendiri

4-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)

5-Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

6-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

7-Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

8-Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

9-Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

10-Muhasabah diri sebelum tidur malam

11-Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

January 7, 2013

Akaun Simpanan Untuk Anak2.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Akaun simpanan untuk anak-anak ~ Savers G.A.N.G

Alhamdulillah, semalam dapat jugak mama & papa gi bukak akaun simpanan untuk adik aisyah & simpan duit tabung anak2 kat bank. Dah lama sebenarnya tertangguh. Mama pilih utk bukak akaun kat Ambank ni sbb anak2 yg lain pun masing2 dah ada akaun simpanan kat sini. Senang sikit bila satu tempat ni.

Dan ada beberapa kelebihan menabung di Savers G.A.N.G ni:
  • Free Coin Box for opening of account with RM300 & above.
  • Free Personal Accident Insurance Coverage of up to RM50,000.
  • Daily computation of interest which will be credited into the account monthly.
  • ATM card access.
  • Manage the account conveniently via our AmOnline Internet Banking.
  • Nationwide e-Banking Centres for easy depositing.

Utk info detail tentang akaun ni, boleh rujuk di sini

Tabung utk adik aisyah...comel je unta ni...hihi. 


Weekly Saving Plan. Menarik jugak nih...bulih download kat sini & print utk anak2. Salah satu cara utk mengalakkan anak2 menyimpan (^_-)

November 4, 2012

Sharing to all mothers...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


You will never have this day with your children again.
Tomorrow, they'll be a little older than they were today. 
This day is a gift. 
Breathe and notice. 
Smell and touch them;

Study their faces 
and little feet and pay attention. 
RELISH THE CHARMS of THE PRESENT.

Enjoy today, MAMA.
It will be over before you know it.


May 10, 2012

Komunikasi yang Menginspirasikan Anak Anda

BISMILLAH....
Assalamualaikum w.b.t
.:SHARING IS CARING:.
Keyakinan adalah antara kunci kepada kejayaan ; antara cara untuk menanamkan keyakinan dalam diri anak kita adalah dengan menghormati mereka, mengakui mereka adalah penting dan pandangan mereka juga penting dan kita hargai. Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa orang tak akan kisah apa yang kita katakan selagi dia tak rasa bahawa kita kisah dan peduli apa yang mereka rasa. 

Oleh itu untuk menjadikan komunikasi kita efektif dan menginspirasikan anak /kawan kita cuba langkah berikut:

i. Beri sepenuh tumpuan kepada perbualan dan kepada anak kita ; anggap tiap interaksi adalah penting

Anak2 memang cepat mengesan kalau kita tak beri tumpuan. Apatah lagi ibu2 ni terkenal sebagai multitasker; boleh buat banyak benda pada satu masa. Jika masa tu kita tengah depan tv ke, tengah depan komputer layan FB ,tengah potong sayur ke, pastikan kita tunjukkan yang kita hentikan apa jua yang kita lakukan kerana mereka adalah penting. Misallah kata masa tu tak sesuai untuk kita cakap panjang2, katakan dengan jelas minta penangguhan untuk sambung perbincangan/perbualan bukan kerana mrk tak penting tapi sbb situasi tak mengizinkan. Namun jgn lupa pulak... Kotakan apa yang kita kata ASAP.
Kalaulah ada peluang untuk kita libatkan anak kita dalam aktiviti yg kita buat seperti tolong kita memasak kat dapur ke, berkebun kat luar ke, itu lebih baik dan akan membantu kita bina rapport atau hubungan yang lebih baik disamping akan buat dia lebih dihargai.

ii. Beri sentuhan kasih sayang kepada anak-anak kita.

Sentuhan yang sesuai dalam bentuk pelukan , ciuman , gurau senda , membelai rambut atau apa saja yang sesuai dengan tahap umur anak kita. Kanak-kanak dan remaja biasanya amat terkesan dengan sentuhan; Sentuhan dan belaian mempamerkan emosi yang positif lebih dari ribuan kata-kata.

Kajian menunjukkan masyarakat yang banyak menyentuh dan membelai bayi dan kanak2 mereka akan menghasilkan orang dewasa yang kurang ganas. 

Kata2 dan mimik muka mudah disalahertikan, namun sentuhan serta belaian kasih biasanya jelas menunjukan maksud yang diharapkan.

iii. Senyuman 

Rasulullah berpesan "Senyuman itu Sedeqah"

Namun kenapa ramai orang masih bersifat bengis terhadap zuriat sendiri. Video yang menunjukkan seorang ibu mendera/memukul /menyepak anaknya sendiri yang tersebar sehari dua ni memeranjatkan kita. (tiba2 pula teringat anak yang kena dera , kasih pun tidak, apa lagi nak beri senyuman)

Banyakkanlah senyuman. Ianya membuka banyak ruang dan saluran komunikasi walaupun dgn orang yang tidak kita kenal. Apatah lagi sekiranya kita berikan senyuman yang ikhlas kepada anak-anak dan orang yang kita sayang. Tahukah kita kuasa sebuah senyuman yang ori dan asli; ianya melenyapkan perasaan dan suasana tidak selamat, ianya mengungkapkan kata " ibu ada kat sini, tiadak ada sesuatupun yang anak ibu katakan yang akan mengubah kasih ibu kepada anak ibu ni"

Kalau kita masih ingat senyuman bayi kita yang baru dilahirkan itulah antara penyejuk mata kita. Itulah bekalan yang Allah berikan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Namun dalam proses tumbesaran ramai kita yang hilang kebolehan semulajadi kita untuk memberikan senyuman.

Dengan itu marilah kita belajar balik dan berlatih untuk senyum.

Senyum ada berapa...
Cuba senyum 1.........muncung sangat....
Senyum 2.... terjuih pula......

Senyum 3.....kan cantik tu....

iv. Pilih kata-kata yang baik.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Oleh itu pilihlah kata-kata yang baik, yang memberi semangat, yang membina keyakinan dalam diri anak2 kita. 
Walau apapun keadaan anak kita, cubalah cari apa saja dalam dirinya yang boleh kita hargai dan kagumi. Setiap anak ada potensi dan bakat yang perlu kita bantu cungkil dan serlahkan. Ingat kalau kita sendiri tak yakin pada anak kita, siapa lagi yang akan . Jadilah motivator kepada anak kita.

v. Tertawalah

Ya Ketawa adalah antara ubat yang terbaik. 

Kita bukan malaikat yang tak buat salah. Anak-anak akan lebih menghormati dan menghargai kita kalau kita mahu mengakui kesilapan kita dan memperbaiki keadaan. Kalau anak boleh nampak bahawa ibu pun boleh je buat silap, minta maaf dan baiki keadaan, tentunya mereka akan lebih yakin untuk mencuba dan tak takut menghadapi kegagalan. Sebenarnya tak de kegagalan pun, yang ada hanya maklumbalas terhadap tindakan kita

vi. Jaga Rahsia anak-anak

Ada masa2 komunikasi dan perbualan perkara yang sensitif dan peribadi perlu dilakukan dalam suasana yang tertutup tanpa gangguan orang lain. Ibu2 yang boleh menjaga kerahsiaan ini akan lebih mendapat kepercayaan anak-anak remaja mereka sekaligus memainkan peranan sebagai rakan yang terbaik untuk anak2 mencurahkan perasaan mereka....

Ciptalah saat-saat gembira bersama dengan anak-anak dan orang yang kita kasihi. Hargai masa kita bersama. Masa berkualiti bersama anak kita sama penting dengan jumlah masa yang kita luangkan. Anak kita ada expiry date. yakni ada julat masa yang dia bersama kita,./ Kebanyakan dari kita lepas SPM anak-anak akan keluar melanjutkan pelajaran. Bagi sesetengah yang lain 12 tahun aje kita bersama sepenuhnya. Lepas tu mereka dah masuk asrama dan berkuranglah masa utk gelak dan tertawa bersama. Agaknya inilah peluang utk kita guna sepenuhnya teknologi maya. Berfb lah dgn anak2

sumber: Dr. Hafidzah Mustakim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails