Showing posts with label ant. Show all posts
Showing posts with label ant. Show all posts

September 22, 2010

Letter of the Week - Aa is for Ant.

Semalam dan hari ini, adik belajar mengenal huruf A dengan beberapa aktiviti. Angah juga ikut sama-sama beraktiviti dengan adik selepas siap belajar.

Berikut antara aktiviti adik & angah:
  • Mewarna huruf A (small & capital)
Adik sedang mewarna.

Angah pun ikut sama walaupun sebenarnya aktiviti mewarna ni bukannya favourite dia ^0^
  • Alphabet Book - A is for Ant.

Sekarang ni mama dah rancang untuk satukan semua aktiviti yang akan adik buat untuk mengenal huruf ni dalam satu buku/fail yang akan mama namakan "Mama HS's Book of ABC's".

Angah gunting huruf A yang adik colour tadi dan adik pula tampalkan huruf tadi pada construction paper. Kemudian dengan menggunakan thumb print, angah bentukkan semut pada kertas tadi.

Mama letakkan huruf A tadi pada peti sejuk (antara tempat yang selalu adik tuju). Harap-harapnya bila selalu duk tengok huruf tu, adik akan cepat ingat.
  • Craft Activity - Easy Egg Carton Ant.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • egg carton
  • pipe cleaner
  • water colour
Cara-caranya:
  • Potong egg carton 3 bahagian untuk badan dan 1 bhgn untuk kepala.
  • Warnakan dengan water colour.
  • Keringkan.
  • Letakkan pipe cleaner pada bahagian kepala sbg sesungut dan pada bahagian badan sbg kaki. Dan letakkan juga mata pada kepala tadi.
  • Kemudian letakkan bahagian kepala pada hujung badan semut tadi.
Ant Craft.

Sama-sama mewarna egg cartoon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails